Sunday, April 17, 2011

'El Grand Clasico' marathon



aku sebenaqnya dok buat asaimen ni.. pukoi 2 satgi nak kena submit dah.. buat ayat mcm cita kak limah.. 'sebenarnya saya ada asaimen nak kena hantar ni'.. haha..! tapi aku tetap nak tulis gak post kali ni.. semangat ni..

bagi peminat bola mesti la tau maksud title post ini.. pasai ni antara salah satu game terpermes sepanjang zaman setiap musim bola.. siap ada nama spesel lagi tu game ni.. 'el classico' ataupun the classic.. antara2 senarai perlawanan derby yang berpengaruh dan ramai penonton seperti the Superclassico (boca juniors v river plate) , the derby della Madonina (Ac Milan v Inter Milan) dan juga El Grand Clasico (Real Madrid v Barcelona)..

'El Clasico' dalam filem.

pengaruh clasico sampai masuk filem bila intro filem Goals 2:Living the Dreams yang memaparkan sedutan perlawanan sebenar El Clasico 05/06 selama 2minit kat intro filem tu..

yaa.. el clasico.. perlawanan antara dua musuh tradisi sejak zaman berzaman.. juga merupakan satu2nya perlawanan yg mendapat jumlah penonton yang paling tetinggi dalam sejarah bolasepak dunia pada tahun 2002 time dua2 team bertemu pada semi final UEFA Champion League yg telah mengutip 500juta penonton seluruh dunia yg telah di labelkan sebagai 'match of the centuries'.. (kalo dapat joai ais'pop' sorg satu pon dah kaya pakcik).. Madrid menang ketika itu.. kecewa Barcelona~


dan kini.. permusuhan dua kelab terhebat dan berpengaruh didunia ini kembali dan lebih hebat lagi.. dua2 team akan berlawan sebnyak 4 kali dalam tempoh 17hari.. wawww~ hebat.. memang ramai yg nak tengok sangat match ni.. pasai banyak faktor.. pertamanya mestila sebab sejarah hebat dua team ni.. Real Madrid telah mengumpul 73 piala dan Barcelona 70 piala dalam sejarah.. Real Madrid dengan 31 juara liga dan Barcelona 25 juara piala spanyol dan akhir sekali Real Madrid dengan 9 kali juara eropah dan Barcelona dengan 3 kali sahaja..

match ni jgk turut melibatkan pemain-pemain yang berlabel 'superstars' seperti Messi,Ronaldo,Xavi,Ozil,Iniesta dan ramai lagi yang semestinya menarik minat orang ramai utk menonton game yg hebat ini.. dan juga ramai bekas2 pemain terbaik dunia penah beraksi dalam el clasico ini sperti Maradona,Stoichkov,Romario,Rivaldo,Ronaldo,Zidane,Ronaldinho,Beckham dan Figo.. skill inidividu yang menarik serta permainan serang menyerang yang penuh dengan tekanan disamping permainan yang cantik yg dipamerkan.. disamping pertembungan idea dan taktikal jurulatih 'the special one' Jose Maorinho menentang jurulatih Pep Guardiola yang memenangi 6 kejuaraan yg disertai Barcelona pada musim pertamanya membimbing Barcelona..

apapun.. dalam sejam saja lagi.. seluruh dunia akan tetumpu pada satu tempat saja.. kalo orang kata EPL la liga paling pemes sekali kat dunia.. tapi pasai 'el clasico' satu duia lupa habeh dan tinggai EPL semata2 nak tengok game ni..

my faveret 'clasico'


mesti aku takkan lupa 'el clasico ni pasai time ni adalah Bestday aku.. =) dlm game ni jgk Ronaldinho menjadi pemain Barca kedua selepas Maradona yg mendapat 'standing ovation' di Santiago Barnebau stadium keramat Real Madrid.. game ni la yang dimasukkan dalam intro filem Goal 2.. Barcelona menang 3-0.. =)


salah satu 'clasico' yang paling aku enjoy sekali bila dapat tengok Madrid kena belasah sampai 6-2 kat home.. =)


haha.. paling puas hati tengok clasico ni.. macam tak pcaya mcm mana Mardid boleh kena sampai 5-0.. hee~

Next Clasico:
20 April 2011: Fc Barcelona v Real Madrid at Mestalla,Valencia: Spanish Cup Final
27 April 2011: Real Madrid v Fc Barcelona at Santiago Barnebau, Madrid: Uefa Champion League Semi Final
3 April 2011 : Fc Barcelona v Real Madrid at Camp Nou, Barcelona: Uefa Champion League Semi Final

No comments: