Friday, January 22, 2010

Hong Kong & Estancia

HONG KONG!! Haha.. tak pernah pon aku terpikir yg aku akan keluar dari Malaysia dan maybe tak pernah termimpi lansung.. walaupun aku ada simpan cita2 nak p Barcelona satu hari nanti bila aku dah banyak duet nak tengok FC Barcelona main kat Nou Camp.. =). And now aku dapat peluang untuk mengembara keluar dari Malaysia yang 'freakin' hot ni.. huhu.. Jangan marah ar..

Dengar mmg sedap la nak nak g jejalan Hong Kong.. tapi hampa tak tau seksa 2 mggu training kat pusat ko-k.. makin hitam la aku walaupun aku ni dan mmg 'blacksweet' dah.. hehe.. tapi pngalaman training la yang paling best sekali dalam apa2 pun.. trigat balik training band time sekolah dulu.. mcm2.. sampai tidoq bejemaah dlm bilik band pun ada.. kalau time band camp apa tah lagi.. pecah pala.. kenangan2..
syiok bila dapat cuti krismes boleh balik umah sat sebelom berlepas ke sana.. dapat la jumpa 'crazeetroop' a.k.a kekawan aku kat rumah.. tak sempat aku nak hang out ngn depa lama2 cuti sem ni psai band camp ni la.. aiyo.. sambli 2 dapat la bermanja2 dgn pamili tercinta berluang masa bersama menonton Shaun the Sheep.. hehe..

so.. 27hb Dec segeralah aku melaporkan diri di pusak ko-k pada sebelah petangnya.. disebabkan jadual untuk bertolak ke airport adalah sisebelah malam.. aku pon balik la ke kolej bank rakyat melepak dengan geng C114.. sedih aku tak dapat main PES2010 sebelum p HK..
then pada sebelah malam tu kami pon bertolak la ke Airport Peneng sebab kami naik Air Asia ja.. mula2 igt nak tidoq ja dalam bas.. tetiba je En.Sham membuka cerita seram yg agak interesting kat dalam bas 2.. apa lg.. layan la.. layan punya layan sampai la kami kat peneng.. tibanya kami kat airpot takdak sapa2 lagi just kami band UUM ja yg ada kat situ.. budak2 neh dah mula dah.. tak abes2 dok amik gmbaq.. sampai la pkoi 4 pagi bila masa utk check in luggage.. time nak check in Pak Syed bagi aku main Nikon D200.. waw.. bestnya.. layan la aku amik gmbaq budak2 ni yg pantang npk camera.. huhu..
then time la masa utk aku sendiri yg check in.. huhu.. time nak lepas imigresen la la paling neves sekali.. mintak2 lepas.. haha.. tu la doa dlm hati.. sebab dah sorang dah 'down' kat imigresen tu.. di tahan takleh keluar negara.. huhu.. =)
masuk dalam flight carik2 seat then aku figure out something... seat aku tepi tgkap beb.. waw.. syioknya.. aku dengan bangganya cepat la amik seat aku 2.. tapi sempit la Air Asia.. tak best.. segera la kau berkata.. 'baik naik Transnasional mcm ni'.. hehe.. nak lena pon susah.. takleh buat freestyle..

terlena aku dlm flight tu psai tak lena smlm.. meleleh jgk la.. mcm ayaq terjun.. then pkoi 10pagi waktu tempatan tiba la kami di ruang udara HK.. =).. selamat kami mendarat di tanah HK.. time imigresen HK sekali lg aku menjadi nervous tiba2 aku ngn Azim mgambil masa yg agak lama diperiksa mungkin disebabkan nama kami yg ber'bin' itu.. ikut hati aku nak guna je nama komersil aku "blacksweet' senang siket lepas.. haha.. apa2 pun lepas...
keluar2 airport.. mak aii... sapa pasang aircorn neh..? haha.. sejuk beb kat luar airport.. bestnya.. cakap pun kuar wap walaupun tak brapa npk.. hehe..
Mirador Mansion hotel kami kat Kowloon agak best dimana rupanya mcm rumah flat di Malaysia.. lepas berehat aku ptg tu.. aku pon bersiap utk keluar.. disebabkan budak2 2 lmbt lg nak keluar.. aku pon keluar la sorg2 dulu sebab nak carik glove.. dah tak tahan dah aku sejuk2 neh.. merayau la aku sorg2 smpai dapat glove nike bernilai HKD99.. dan malam tu merayau-rayaulah kami pertama kali melihat bandar Kowloon.. hehe..
esoknya 29hb Dec.. kami bersiap utk g training sblom competiton.. mula2 igt training kat stadium.. sekali bas tu bawak kami p pulau hulu mana tak taw sampai la kat sebuah sekolah ni.. Thomas Cheung nama dia.. haha.. sekolah menengah kat sana.. best jugak kenal2 ngn budak band sana.. huhu.. lepas tu kami lepak2 kat sana main amik gambar bersama2 azim and the colourguards.. merapu betoi depa time neh.. apa2 pun mmg fun la.. and time la dengan 1st timer nya aku try HK Mcd Ebi Berger.. huhu.. berger udang Mcd.. sedap..
sebelah mlmnya biasa la aktiviti kami.. lepas selesai diner kat Mcd.. mcd lagi.. tak cemuih ka..? haha.. berjalan2 lah kami di sekitar Kowloon atau tempat kami duduk 2 bernama Tsim Sha Shui.. terbelit2 lidah aku.. haha.. tapi mlm ni kena balik awai la.. esok 'Big Day' 4 us.. huhu.. tp mlm 2 aku lepak CC smpai pkoi 3 pg.. hehe.. Facebook+myspace la beb..
30hb.. harinya telah tiba.. bergerak la kami ke HK island.. Queen Elizabeth stadium.. selepas rehersal aku pon try la melihat kehebatan pesaing kami.. not bad la.. rasanya kami best lagi kot... huhu.. so.. tiba la time perform.. =) layan la lagu Estancia itu..
then time nak umum keputusan kami yg berbangsa Melayu ini agak la blurnya.. sebab depa cakap cina.. then time umum dapat pingat emas tu pon kami blur.. psai tak taw depa sebut nama kami.. apa2 pon Hip.. Hip..! Hooray....! dapat emas kedua.. kalah 0.9 point je..rasanya boleh dapat point lg besar kot kalo buat perfect.. hm... kecewa rimba bara.. haha..
mlmnya berjalan lah lg kami.. mlm ni aku jejln ngn Faizal n Takie.. kami bergerak mencari seluar utk Faizal.. aku pon beli la seluar skinny selai kat Giordano.. then takie membuat pasal menukar baju kat giodano 2.. berpecah la aku+ faizal n takie.. aku n faizal menuju ke Avenue of Star kat tepi laut.. huhu.. time ni la faizal beli 'vibrator' utk Sheril.. huhu.. Sheril si budak ngokk..
sambil jalan2 kat avenue of star 2 mencari plat nama stepen chow.. bertemu kembali kami ngn takie termasuk la abg farid n si azim yg berdating kat tepi laut 2.. haha..
31hb.. bersoping sugguh bebdk neh.. naik cemuih aku tggu hampa.. pastu sekali lagi p lepak tepi laut sambil2 bergambar.. mlmnya plak kami ready nak p snmbut new year.. 1st time sambut new year kat oversea neh... bangga2.. hehe.. turun dari Mirador Mansion terjumpa dgn student Malaysia yg amik Phd kat sana.. then depa bwk kami p mkn kat Ebenezers.. sedap nasik beriani dia.. sambil tu dok adored kat waiter dia nama Rupsy.. huhu.. kiut..! =).. pastu depa bwk kami p tgok bunga api tahun baru.. tak syiok pon.. rasanya KL lg gempak kot.. huhu..
1hb.. bershoping n berjalan2 lagi aku ngn bebudak neh.. aku+takie+sue+faizal+luq+fatin dan sheril si budak ngekk.. n hari ni kami merancang nak ke Mong Kok.. Mong Kok ni mcm Petaling Street la.. tak best pon.. barang2 dia lansung tak menambat hati aku neh.. rindunya aku nak p 70' n Buntil kat BB Plaza.. huhu.. =( tapi aku beli gak tie n skaft kat situ.. hehe.. letih2.. dari pagi sampai ke mlm kami jalan.. yg bestnya.. orang2 kat sana ingat kami anak orang kaya tengah bercuti.. huhu.. maklum la kami jalan2 satu geng then masuk kedai branded2 plak 2.. blagak lebih..

2hb.. Disneyland..!! haha.. tak penah pun dari kicik aku terpikir aku akan masuk disneyland.. dan masuk jgak aku.. jadi budak2 balik aku hari ni.. tak la best sgt disneyland ni.. myb tak kena dgn jiwa dan raga aku ni kot.. budak2 cina p Ocean Park.. lg meletop kot.. huhu.. tapi yg fun nya sebab jalan ngn bebudak 2 lg.. mmg enjoy sgt.. gila-gilaan bersama.. huhu.. mcm2 kami main kat dalam 2.. picca toksah ckp la.. jalan tak sampai semeter.. picca berpuluh2 amik.. boring2.. then mlm 2 mlm last kami jln2 kat Kowloon 2.. kami tapau diner kami mlm 2 then kami p lepak tepi laut sama2.. layan blues pasal esok kami dah nak balik.. =(.. sedih2..
3hb pulang la kami ke Malaysia.. kembali menjali rutin harian kami sebagai pelajar UUM.. huhu..
apa2 pon.. to d trombone player, pipers and the colourguards.. i really enjoy this trip with all of you.. fun+riang ria berjalan dgn hampa kat HK.. even kita baru kenal the colourguards tapi dah mcm sedara dah kita kat sana.. thanks 4 being a part of my best memory guys.. tetiap hari aku layan lagu Estancia kott.. haha.. =)

a melody, a memory, or just one PICTURE




(Takie+Sue+Luq+Faizal+Azim+Bro Farid+En. Sham+Faten+Shira+Yana+Def+Sheril bdk ngokk)

Thursday, January 14, 2010

Rahsia Telefom Bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit
anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara
yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada
dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan,cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (
Keypad lock )
.



2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda
lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka
semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi
kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba
anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci
pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak
kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula
keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua
kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon
bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh
dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua
atau
meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan
telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa
orang telah mencubanya.



3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon
bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan
kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri
tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah
atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada
dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri
simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢ . Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan
memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas
telefon bimbit anda
.



4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda
dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan
nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan
15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor
ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini
dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda
boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod
nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam
telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa
kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya
mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di
curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri
takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .