Sunday, April 24, 2011

Maharaja Lawak

Amir Maharaja lawak memang terbaik la..!
(dua2 tangan kat dada sambil tengok atas)


Haha.. saja aku buat gempak sikit tulis headlines macam tu pasai aku nak try hit trafik blog aku.. pasai aku tengok blogger2 lain tengah seronok dengan dok pulun buat headlines pasai Amir ngn Maharaja Lawak sebab nak naikkan trafik blog masing2.. aku dengan tanpa segan silu dan perasaan dengkinya nak sesakkan jugak traffik tu.. haha..

well.. semua mesti tau dah kan.. Maharaja Lawak(ML) merupakan antara fenomena utk masa ini selain mamat Bibir dan Usop Wilcha.. ML juga telah membawa fenomena kat kolej aku dan juga 15c114 hingga tak sampai 12 jam lepas siaran lansung dekat Astro Warna ML telah berjaya didownload oleh 15c114 sejak dari minggu kedua lagi..

aku juga turut dok ikut pekembangan ML ni tetiap mggu.. dan pesembahan yang paling aku tunggu sekali adalah geng JAMBU.. 'muka legend.. tapi hati cute'.. haha.. bagi aku Jambu ni lawak depa lain dari yang lain sikit.. kreatif la.. Jozan ngn Nabil dikira dari sudut publisiti mmg depa la hebat tapi pesembahan depa tak kurang hebat jugak..

tapi aku paling tekanan sekali tengok amir.. aku pun pelik mcm mana la dia boleh join ML ni.. lawak yg tak boleh diterima oleh aku atau lawak dia level sampai bulan yg tak dpt aku tafsir.. bila la mangkuk ni nak out.. kesian kat group lain yg aku rasa better tapi tersingkir jgk..

aku sebenarnya ada juga yang tak puas hati pasai sesetengah peserta ML ni.. bukan semua group yg aku tengok aku gelak.. tapi bila lawak depa betoi2 lawak mesti la aku gelak.. pasai bagi aku ada sesetengah lawak 2 lawak biasa ja.. tapi juri tetap puji.. ada yang cilok lawak dari buku dan sumber2 lain.. tetap juri tak kata apa.. dan yang paling aku tak tahan sekali.. guna lawak double meaning.. mean lawak lucah la.. walaupun tak secara terang2 tapi bila penonton gelak tu kira semua paham la.. haishhh.. kemon la.. takkan lawak macam ni yang rakyat Malaysia suka..

jumlah undian setakat minggu ke 4

lawak2 lucah ni apa benda.. adakah ini salah kerajaan yg terlalu sibok pasal video seks yg sedang hangat di media membuatkan rakyat Malaysia jadi mcm ni.. apa ke jadahnya semua ini.. cewahhh.. (kening2).. kemon la.. aku tengok keputusan undian pon aku dah tak puas hati dari minggu kedua lagi.. Jambu lawak yg kreatif dan tak merapu tu pasai pa tak boleh duduk kat top 3..? pasai pa team yg lawak biasa2 ngn lawak lucah jgk yg dpt undian tinggi lagi dr Jambu..


sedutan LawaKing.. 'puluit lebih' haha.. tengok Yus best tak best..
aku terang2 kat sini aku mmg minat Jambu.. kalo sapa2 yg ikut pekembangan raja lawak dr musim satu mesti akan tengok Lawaking dan sendiri tau macam mana lawak Yus dengan Tauke.. sebab aku selalu tengok Lawaking dulu.. dan depa bejaya buktikan kat aku sekali lagi dalam rancangan ML ni yang depa betoi2 ada lawak yg kreatif dan tesendiri..
jadi rakyat Malaysia.. bijak2 mengundi di Pilihanraya Umum yang akan datang.. iskkk.. silappp.. hihi.. mgundi peserta ML.. bagi yang dok undi la.. aku tak undi pon.. sembang ja lebih.. Hahaha..!
padan muka hampa perabih masa baca blog aku.. huahuahua..!



vidio Jambu faveret aku..





p/s: ini yg orang kata sembang pom pang pom pang.. tapi habuk pon tadakkk.. haha..

Sunday, April 17, 2011

'El Grand Clasico' marathon



aku sebenaqnya dok buat asaimen ni.. pukoi 2 satgi nak kena submit dah.. buat ayat mcm cita kak limah.. 'sebenarnya saya ada asaimen nak kena hantar ni'.. haha..! tapi aku tetap nak tulis gak post kali ni.. semangat ni..

bagi peminat bola mesti la tau maksud title post ini.. pasai ni antara salah satu game terpermes sepanjang zaman setiap musim bola.. siap ada nama spesel lagi tu game ni.. 'el classico' ataupun the classic.. antara2 senarai perlawanan derby yang berpengaruh dan ramai penonton seperti the Superclassico (boca juniors v river plate) , the derby della Madonina (Ac Milan v Inter Milan) dan juga El Grand Clasico (Real Madrid v Barcelona)..

'El Clasico' dalam filem.

pengaruh clasico sampai masuk filem bila intro filem Goals 2:Living the Dreams yang memaparkan sedutan perlawanan sebenar El Clasico 05/06 selama 2minit kat intro filem tu..

yaa.. el clasico.. perlawanan antara dua musuh tradisi sejak zaman berzaman.. juga merupakan satu2nya perlawanan yg mendapat jumlah penonton yang paling tetinggi dalam sejarah bolasepak dunia pada tahun 2002 time dua2 team bertemu pada semi final UEFA Champion League yg telah mengutip 500juta penonton seluruh dunia yg telah di labelkan sebagai 'match of the centuries'.. (kalo dapat joai ais'pop' sorg satu pon dah kaya pakcik).. Madrid menang ketika itu.. kecewa Barcelona~


dan kini.. permusuhan dua kelab terhebat dan berpengaruh didunia ini kembali dan lebih hebat lagi.. dua2 team akan berlawan sebnyak 4 kali dalam tempoh 17hari.. wawww~ hebat.. memang ramai yg nak tengok sangat match ni.. pasai banyak faktor.. pertamanya mestila sebab sejarah hebat dua team ni.. Real Madrid telah mengumpul 73 piala dan Barcelona 70 piala dalam sejarah.. Real Madrid dengan 31 juara liga dan Barcelona 25 juara piala spanyol dan akhir sekali Real Madrid dengan 9 kali juara eropah dan Barcelona dengan 3 kali sahaja..

match ni jgk turut melibatkan pemain-pemain yang berlabel 'superstars' seperti Messi,Ronaldo,Xavi,Ozil,Iniesta dan ramai lagi yang semestinya menarik minat orang ramai utk menonton game yg hebat ini.. dan juga ramai bekas2 pemain terbaik dunia penah beraksi dalam el clasico ini sperti Maradona,Stoichkov,Romario,Rivaldo,Ronaldo,Zidane,Ronaldinho,Beckham dan Figo.. skill inidividu yang menarik serta permainan serang menyerang yang penuh dengan tekanan disamping permainan yang cantik yg dipamerkan.. disamping pertembungan idea dan taktikal jurulatih 'the special one' Jose Maorinho menentang jurulatih Pep Guardiola yang memenangi 6 kejuaraan yg disertai Barcelona pada musim pertamanya membimbing Barcelona..

apapun.. dalam sejam saja lagi.. seluruh dunia akan tetumpu pada satu tempat saja.. kalo orang kata EPL la liga paling pemes sekali kat dunia.. tapi pasai 'el clasico' satu duia lupa habeh dan tinggai EPL semata2 nak tengok game ni..

my faveret 'clasico'


mesti aku takkan lupa 'el clasico ni pasai time ni adalah Bestday aku.. =) dlm game ni jgk Ronaldinho menjadi pemain Barca kedua selepas Maradona yg mendapat 'standing ovation' di Santiago Barnebau stadium keramat Real Madrid.. game ni la yang dimasukkan dalam intro filem Goal 2.. Barcelona menang 3-0.. =)


salah satu 'clasico' yang paling aku enjoy sekali bila dapat tengok Madrid kena belasah sampai 6-2 kat home.. =)


haha.. paling puas hati tengok clasico ni.. macam tak pcaya mcm mana Mardid boleh kena sampai 5-0.. hee~

Next Clasico:
20 April 2011: Fc Barcelona v Real Madrid at Mestalla,Valencia: Spanish Cup Final
27 April 2011: Real Madrid v Fc Barcelona at Santiago Barnebau, Madrid: Uefa Champion League Semi Final
3 April 2011 : Fc Barcelona v Real Madrid at Camp Nou, Barcelona: Uefa Champion League Semi Final

Saturday, April 9, 2011

flickr


senang mai la singgah flickr BS ok..

http://www.flickr.com/photos/cadyblacksweet/

baru ja buat..
=)

mai.. mai.. jangan malu jangan segan.. setiap klik adalah free..

Wednesday, April 6, 2011

media politik

setiap hari aku akan belek surathabaq selalunya aku baca online tapi kadang aku suka belek yang kertas punya sebab 'feel' dia lebih yang saja yang paham.. seperti biasa setiap kali lalu kat kedai runcit yang ada jual surathabaq aku akan lepak untuk belek surathabaq secara percuma.. hihi..

baru2 ni dan aku yakin hampa pon tau bila.. tekejut aku bila tgok satu surathabaq perdana kat page depan dia terang tunjuk previu video yang tak sepatutnya kita tengok.. mmg la ada surathabaq lain yg sebelum2 ni ada tayang video2 mcm 2 kat page depan.. tapi tu surathabaq tabloid.. kena paham konsep la surathabaq tabloid ngn surathabaq arus perdana..

ini la terjadi apabila semua benda nak dipolitikkan.. aku pon pelik pasai pa la rakyat Malaysia ni taksub sangat dengan politik.. demi kepentingan tertentu sampai sanggup keluaqkan berita-berita dengan siap video lagi kat media arus perdana.. aku pikir2 balik.. takkan la nanti anak2 aku time sekolah rendah dah terdedah dengan berita mcm ni bila baca surathabaq dan tengok berita..


aku mmg tak menyebelahi mana parti politik.. tapi hampa pikiaq la sendiri balik elok.. back in fews year kita asyik dilimpahi dengan berita2 mcm ni.. aku pon dah naik cemuih dah.. tambah2 lagi dekat2 nak pilihanraya.. kemon la.. (come on bak kata Jambu).. aku yakin hampa2 semua yg baca blog aku ni mesti mgaji tinggi2.. tak sia2 mak pak hampa hantaq ngaji tinggi2.. tapi kat mana hampa letak akal rasional hampa..? benda mcm ni pon takleh pikiaq ka..?

sekali lagi aku nak mention aku tak sebelah mana2 pihak pon.. goment ka pembankang ka.. series aku takdak kat mana2 side.. aku sebenaq dah cemuih dah.. mesti dekat elections ni mesti keluaq pnya cerita2 mcm ni.. bagi aku.. takdak side mana2 pon yang buat kerja betoi.. masing2 sama ja.. zaman sekarang ni semua buat benda demi kepentingan diri.. tak kesah la side mana pon memerintah.. masing2 akan buat benda yang sama ja.. toksah nak belakon baik.. Rasulullah saw ja yg maksum kat dunia ni..

mai p la parti politik mana pon kat dunia ni.. masing2 sama ja.. tak penah buat keja betoi pon.. ahli politik ni la sebenaqnya pelakon terbaik kat dunia ni.. dalam dunia ni HAMAS ja satu2nya parti politik yang aku sokong dan sanjung.. yg lain2 tmasuk kat Malaysia ni semua tu belakon semata2..

bendera HAMAS kat meja stadi aku

ps: aku lebih suka adored kat rockstar2 drp adored kat ahli politik yg kononnya pemimpin.. sebabnya hampa pikiaq la seniri..

Tuesday, April 5, 2011

Band Video

kali ni saja nak update something yang aku patot post dulu lagi.. tapi kali ni ja baru aku rasa nak post disebabkan sumber yang baru diupload..

baru2 ni aku dicontact oleh coach band UUM a.k.a cikgu muzik aku utk mintak tolong aku cari balik video kami, pancaragam UUM time competition kat HK dulu.. sebabnya organizer competition yang depa nak join nanti nak tengok show kami time kat HK dulu..

so aku pun berusahalah mencari video show/training kami time nak pi HK dulu.. jadi selepas diupload kat Youtube so aku nak share la dengan hampa macam mana pesembahan kami kat HK dulu..


disebabkan video sebenar pesembahan kami dalam Stadium Elizabeth HK terdapat sedikit masalah teknikal.. jadi aku hanya upload video full rehersal kami dihadapana TNC HEP UUM Dato Ahmad Faiz sebelum kami bertolak ke HK.. =)



hasil dari persembahan kami spt diatas:

a melody, a memory, or just one PICTURE
gold award at HK Marching Band Contest 2009..!

p/s:kalo hampa terer teka yg mana aku dlm video tu..
(ni bukan sesi nak sahkan suspek video lucah ok) ;)

Monday, April 4, 2011

Ugly Truth

Whos the 'Man' now?


p/s: jgn lupa bayaq hutang PTPTN kwn2..