Sunday, September 13, 2009

Love Forecast in Year 2009

Its Magic
There´s definitely magic in the world of love for you this year: Jupiter and Neptune, the co-rulers of your 5th House of Romance, nuzzle up to each other on May 27, July 10 and December 21. Their conjunctions with Chiron the Wounded Healer should help you mend a broken heart and free yourself for richer romantic experiences. Inventive Uranus is already in the 5th House, so breaking new ground is an effective counterforce to your instinctive patterns of holding on to the past. Spontaneous self-expression shatters shyness and habits rooted in your need to remain in control. Love is not something to master now, but an experience of pure discovery able to surprise you with delight when you least expect it. Regression in relationships is possible when Venus, the ruler of your 7th House of Partnerships, is retrograde March 6 - April 18. Yet this return to old issues may well incite you to make changes rather than remain in your rut.

Thursday, September 10, 2009

..What My Birthday Mean..?

November 19, 1988
Lucky Color:Lilac
Personality Strengths:Attractiveness, Love
Personality Weakness(es):Ego
Successful Career Path:Fashion
Sense of Humor Style:Slapstick
Adjectives to Describe You:enterprising, enterprising
Also born on November 19:Meet them now
Description:
A hip non-conformist who truly stands for his/her beliefs - you are out to make a difference in this world, and you have a realistic chance of success. You have always been self-driven and derive your inspiration from those close to you. Ambitious - and why shouldn't you be - the sky is the limit for you!

Wednesday, September 9, 2009

..Rahsia Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih..

anda tidak pernah miss solat terawih lagi pada tahun ini..? bersemangat untuk menikmati dan merasai kelainan nikmat dibulan ramadhan.. sesungguhnya di bulan ramadhan Allah s.w.t memberikan kita solat terawih sebagai ganjaran utk kita mngejar pahala di bulan yang mulia ini.. jgn asyik igt nak raya ja.. huhu.. masuk mlm aku post kan blog ini sudah 20mlm sudah kita mngerjakan solat teraweh.. tetapi tahukan kita rahsia kelebihan di setiap mlm kita mngerjakan solat teraweh..
dengan ini aku post kan kepada kekwn ku sekalian ttg kelebihan solat sunat teraweh..

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

sudah tahu dan teruja dengan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk kita di bulan ramadhan ini.. so.. moh la ramai2 kita bersama2 meramaikan lagi mesjid2 di sekitar ada ataupun yang kat tepi depan belakang rumah atau pon kat seberang kampung tu.. sesungguhnya.. 10 mlm terakhir ini di dlmnya terdapat satu malam yang nikmatnya bersamaan dengan 1000 bulan pahala jika dikerjakan amal ibadat pada mlm itu..

fikir2 dan renung2kanlah..

..15c 114.. Kolej Bank Rakyat..




mungkin anda akan terasa pelik kenapa post kali ini berkenaan dengan no sebuah bilik.. adakah ni adalah no bilik hotel tempat berlakunya operasi khalwat ataupun bilik yg berhantu seperti mana ditayangkan di televisyen.. tapi sememangnya bilik ini dihuni oleh dua ekor hantu dan ramai lagi hantu2 yang datang menumpang sebagai roomate di bilik ini termasuk la aku.. boleh dikaktan bilik ini merupakan bilik yang paling bising dan chaos sekali di blok yang huru hara 15c dan juga yang paling happening di bank rakyat mahupun bukit kachi.. bilik ni juga la tempat aku melepak saban hari selama satu semester aku berada kat universitas neh.. huhu.. maklum la.. bilik ni sebelah bilik aku ja c118.. tak kira pagi petang siang malam.. mesti aku akan berkunjung ke bilik ini termasuk la hantu2 yang lain untuk bersuka ria dan berkongsi cerita dan berita yang berlaku pada hari tersebut yg belum lagi di post oleh CNN muhupun Al-Jazeera..

rumate2 c114

apa yang best tentang bilik ni mesti la hampa nak tau la kan..? kami tak buat apa2 yg salah di sisi undang2 seperti makan di siang hari pada bulan posa dan mendownload pornorgrafi dibilik ni.. tapi apa yang menarik hati dan jiwa kami ke bilik ini adalah PC yang dimiliki oleh tuan bilik Sayuti yang di dalamnya diinstall permainan Pro Evolution Soccer 2009 ataupun PES09 yang dimainkan oleh kami 24jam sehari melebihi jam kami membaca buku dan membuat asaimen di universitas ini.. haha.. slogan bilik ini mungkin makan PES, tido PES, stadi PES.. dan kesemua rumate di bilik ini hadir di universitas ini layak utk mengambil Bachelor in Pro Evolution Soccer Study tanpa perlu menduduki ujian buta warna dan ujian QTI di Ilmu Baru (sebuah syrikat ujian lesen memandu di Alor Setar)..
ini kerana PES tetap didahulukan dalam apa2 jua keadaan mahu pun di malam deadline asigment yang masih lagi belum siap.. selain dari memain PES kami juga banyak melakukan aktiviti lain yang berfaedah dan juga memberi sumbangan kepada negara seperti menonton muvie,tidoq,melalak,mengumpat dan juga aktiviti2 lain yang sama waktu dengannya.. haha..

begitu lah kisah riang ria kami sebagai 'rumate' di bilik c114 yang penuh dengan warna warni bak pelangi selepas hujan di kala siang hari.. haha.. mungkin banyak lagi yang akan dipost kan selepas ini cerita di c114 dan juga hantu2 yang berkeliaran di bilik iniselepas kami akan secara rasminya akan melancarkan blog c114 nanti..