Wednesday, December 2, 2009

di sebalik logo YAHOO!


hampa bukak intenet search www.yahoo.com

pastu hampa try klik kat tanda ! tu..

dan make sure speaker hampa turn on la..

haha..

selamat mencuba..

=)

Sunday, November 8, 2009

..Best ke Tak Hanpon kita..?

Korang mesti la nak tau kan hanpon yang korang nak beli 2 ory ke tak.. Quality dia macam mana.. boley guna ke..? tak der masalah ker.. So.. Kat sini aku nak bagi satu tips awal untuk korang check hanpon korang time korang nak beli hanpon 2.. Sebagai satu langkah untuk mengelakkan dari korang di tipu oleh Cina lahabau kat kedai 2.. Cara dia 'simple' je.. simple.. bukan pimple.. pimple jerawat.. simple ringkas.. haha..

Caranya adalah dengan anda menekan butang
*#06# pada Hanpon tersebut dan ia akan menunjukkan no Emei bagi hanpon tersebut.. Sebagai Contoh 123456789101112131415 pada skrin telefon anda itu.. Pastu anda perhatikan pada angka ke 7 dan 8 pada senarai no itu..


1
2
3
4
5
6
7 th
8 th
9
10
11
12
13
14
15
Phone serial no.
x
x
x
x
x
x
?
?
x
x
x
x
x
x
x

ok..

Jika angka ketujuh dan kelapan menunjukkan 0 , 2 atau 2 , 0 ini bermakna hanpon anda telah dipasang di Emirates dimana kualitinya sangat buruk.

Jika angka ketujuh dan kelapan menunjukkan 0 , 8 atau 8 , 0 ini bermakna hanpon anda telah dipasang di Germany dimana baik kualitinya.

Jika angka ketujuh dan kelapan menunjukkan 0 , 1 atau 1 , 0 ini bermakna hanpon anda telah dipasang di Finland dimana kualitinya adalah sangat baik.

Jika angka ketujuh dan kelapan menunjukkan 0 , 0 ini bermakna hanpon anda telah dipasang di original factory yang merupakan kualiti hanpon yang amat baik sekali.

Jika angka ketujuh dan kelapan menunjukkan 1 , 3 ini bermakna hanpon anda telah dipasang di Azerbaijan dimana kualitinya sangat buruk dan juga merbahaya kepada kesihatan anda.

VISCA EL BARCA...!!

Sunday, September 13, 2009

Love Forecast in Year 2009

Its Magic
There´s definitely magic in the world of love for you this year: Jupiter and Neptune, the co-rulers of your 5th House of Romance, nuzzle up to each other on May 27, July 10 and December 21. Their conjunctions with Chiron the Wounded Healer should help you mend a broken heart and free yourself for richer romantic experiences. Inventive Uranus is already in the 5th House, so breaking new ground is an effective counterforce to your instinctive patterns of holding on to the past. Spontaneous self-expression shatters shyness and habits rooted in your need to remain in control. Love is not something to master now, but an experience of pure discovery able to surprise you with delight when you least expect it. Regression in relationships is possible when Venus, the ruler of your 7th House of Partnerships, is retrograde March 6 - April 18. Yet this return to old issues may well incite you to make changes rather than remain in your rut.

Thursday, September 10, 2009

..What My Birthday Mean..?

November 19, 1988
Lucky Color:Lilac
Personality Strengths:Attractiveness, Love
Personality Weakness(es):Ego
Successful Career Path:Fashion
Sense of Humor Style:Slapstick
Adjectives to Describe You:enterprising, enterprising
Also born on November 19:Meet them now
Description:
A hip non-conformist who truly stands for his/her beliefs - you are out to make a difference in this world, and you have a realistic chance of success. You have always been self-driven and derive your inspiration from those close to you. Ambitious - and why shouldn't you be - the sky is the limit for you!

Wednesday, September 9, 2009

..Rahsia Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih..

anda tidak pernah miss solat terawih lagi pada tahun ini..? bersemangat untuk menikmati dan merasai kelainan nikmat dibulan ramadhan.. sesungguhnya di bulan ramadhan Allah s.w.t memberikan kita solat terawih sebagai ganjaran utk kita mngejar pahala di bulan yang mulia ini.. jgn asyik igt nak raya ja.. huhu.. masuk mlm aku post kan blog ini sudah 20mlm sudah kita mngerjakan solat teraweh.. tetapi tahukan kita rahsia kelebihan di setiap mlm kita mngerjakan solat teraweh..
dengan ini aku post kan kepada kekwn ku sekalian ttg kelebihan solat sunat teraweh..

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

sudah tahu dan teruja dengan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk kita di bulan ramadhan ini.. so.. moh la ramai2 kita bersama2 meramaikan lagi mesjid2 di sekitar ada ataupun yang kat tepi depan belakang rumah atau pon kat seberang kampung tu.. sesungguhnya.. 10 mlm terakhir ini di dlmnya terdapat satu malam yang nikmatnya bersamaan dengan 1000 bulan pahala jika dikerjakan amal ibadat pada mlm itu..

fikir2 dan renung2kanlah..

..15c 114.. Kolej Bank Rakyat..




mungkin anda akan terasa pelik kenapa post kali ini berkenaan dengan no sebuah bilik.. adakah ni adalah no bilik hotel tempat berlakunya operasi khalwat ataupun bilik yg berhantu seperti mana ditayangkan di televisyen.. tapi sememangnya bilik ini dihuni oleh dua ekor hantu dan ramai lagi hantu2 yang datang menumpang sebagai roomate di bilik ini termasuk la aku.. boleh dikaktan bilik ini merupakan bilik yang paling bising dan chaos sekali di blok yang huru hara 15c dan juga yang paling happening di bank rakyat mahupun bukit kachi.. bilik ni juga la tempat aku melepak saban hari selama satu semester aku berada kat universitas neh.. huhu.. maklum la.. bilik ni sebelah bilik aku ja c118.. tak kira pagi petang siang malam.. mesti aku akan berkunjung ke bilik ini termasuk la hantu2 yang lain untuk bersuka ria dan berkongsi cerita dan berita yang berlaku pada hari tersebut yg belum lagi di post oleh CNN muhupun Al-Jazeera..

rumate2 c114

apa yang best tentang bilik ni mesti la hampa nak tau la kan..? kami tak buat apa2 yg salah di sisi undang2 seperti makan di siang hari pada bulan posa dan mendownload pornorgrafi dibilik ni.. tapi apa yang menarik hati dan jiwa kami ke bilik ini adalah PC yang dimiliki oleh tuan bilik Sayuti yang di dalamnya diinstall permainan Pro Evolution Soccer 2009 ataupun PES09 yang dimainkan oleh kami 24jam sehari melebihi jam kami membaca buku dan membuat asaimen di universitas ini.. haha.. slogan bilik ini mungkin makan PES, tido PES, stadi PES.. dan kesemua rumate di bilik ini hadir di universitas ini layak utk mengambil Bachelor in Pro Evolution Soccer Study tanpa perlu menduduki ujian buta warna dan ujian QTI di Ilmu Baru (sebuah syrikat ujian lesen memandu di Alor Setar)..
ini kerana PES tetap didahulukan dalam apa2 jua keadaan mahu pun di malam deadline asigment yang masih lagi belum siap.. selain dari memain PES kami juga banyak melakukan aktiviti lain yang berfaedah dan juga memberi sumbangan kepada negara seperti menonton muvie,tidoq,melalak,mengumpat dan juga aktiviti2 lain yang sama waktu dengannya.. haha..

begitu lah kisah riang ria kami sebagai 'rumate' di bilik c114 yang penuh dengan warna warni bak pelangi selepas hujan di kala siang hari.. haha.. mungkin banyak lagi yang akan dipost kan selepas ini cerita di c114 dan juga hantu2 yang berkeliaran di bilik iniselepas kami akan secara rasminya akan melancarkan blog c114 nanti..

Thursday, June 4, 2009

4 Flat

mmg susah bila belajar tinggi2.. lagi tinggi belajar.. lagi terasa tekanannya terhadap diri.. persaingan dan juga masing2 mengejar keputusan yang lebih baik demi untuk bekalan masa hadapan..
suasananya dan keadaannya sentiasa sama walaupun hanya sedikit yang berbeza..
ia membuatkan aku teringatkan perkara2 lalu..
jika dimasa kita kecik dahulu mungin kita akan berjumpa dengan pak cik dan mak cik kita ataupun dengan jiran kita.. dan soalan yang mungkin kelur dari mulut mereka spt.. "eh.. dah besaq no..? skolah dajah brapa dah lani..? dan soalan yang paling aku akan igt sekali.. "kat skola dok dapat no berapa..? soalan ni yg paling pemes dan akan aku igt sampai bila2.. tak kira sapa pun yg aku jmpa boleh dikatakan.. soalan ini la yg kerap kali akan ditnya..
lepas tu kita akan meningkat dewasa masuk skola menengah dan keputusan PMR atau pun SPM kita akan sering kali menjadi pertnyaan orang2 yg menegur kita tak kira sesiapa pon..
mmg la nak berama mesra.. mcm la takda soalan lain dah nak tnya.. mgkin arus globalisasi yg mennyebabkan taraf pendidikan seseorang itu diukur dan pemikiran orang2 pada hari ini lebih memandang pendidikan sesorang itu..
selepas abis blajar skolah menengah pula kita akan mungkin akan terbiasa dengan soalan2 "blajaq lagi ka..? blajaq kat mana lani..? berapa taun lagi..?
tak pun kalau masuk tingkatan enam.. "blajaq kat skolah mana..? malah nama sekolah juga akan menjadi persoalan didalam otak mereka.. tambah aku yg dari sekolah yang dianggap sekolah budak2 nakai.. smua akan bertanya.. "o.. situ ada form six ka..? awat tak p skolah lain..?
mcm la sekolah tu yang menentukan segala2.. ssemuanya atas usaha sendiri.. huhu..
mungkin nampak mengarut sikit apa yang aku tulis pada kali ini.. tapi entah la kenapa aku bersindirian dan terpikir pasal perkara ini.. tekanan blajaq tinggi2 org kata mula terasa akibat kejatuhan 'pointer' yg agak mendadak semester ini yang telah mencengkam jiwa dan raga..
tekanan juga terasa bila kawan2 mula akan bertanya "hg dapat brapa sem ni..?"
dan mungkin tertekan lagi bila memikirkan masa depan diri sendiri..
huhu.. mungkin kita tak dapat lari dari semua ini sepanjang hidup kita.. tapi apa pun yang jadi..
hidup tetap mesti diteruskan.. huhu..

Thursday, May 28, 2009

BaRcA..! BaRcA...!!

sekali lagi FC Barcelona a.k.a pasukan kesayangan aku berjaya memenangi piala eropah buat kali ketiga dlm sejarah kelab.. lebih menggembirakan aku lagi kemenangan ini diperoleh dengan membuli pasukan yang juga boleh dianggap pasukan terhebat di eropah ketika ini iaitu Manchester United dgn 2-0.. rata2 peminat2 M.U yg sememangnya bercambah dimerata2 pulang dengan rasa kecewa bertambah duka pagi tadi.. haha..
apa yang amat mengembirakan aku ialah pasukan yang memainkan permainan bola sepak yang cantik dan taktikal serta skill2 individu yang menarik sepanjang musim telah menang pada perlawanan final semalam.. dan bagi aku Barca mmg berhak menang pada tahun ini kerana permainan bola sepak yang ditunjukkan oleh mereka spanjang musim ini..
begitu juga yang telah dilakukan oleh M.U pada musim lalu yang membolehkan mereka berhak mejadi juara dunia musim lalu..
walaupun terpaksa menunggu selama dua tahun penuh duka oleh aku.. walaupun tak duka sgt la.. sebab Kedah menang treble berturut2 dua tahun lepas.. lepas kalah dgn Liverpool pd 07 di pringkat pusingan pertama dan tahun lepas dgn M.U pd semi final..
Eto'o sekali lagi menjaringkan gol pertama sama seperti yg dilakukan olehnya pada final 05/06 di Paris dulu.. boleh dikatakan gol yg serupa tapi dari sudut yg berlainan.. jika tahun 06 dulu eto'o bergerak dari sayap kiri tapi kali ini dari sayap kanan manakala gol pada 06 masuk melalui celah tangan kanan Almunia manakala gol pada kali ini masuk melalui celah tangan kiri Van Der Sar.. Penjaga gol yang sukar untuk dibolosi dalam permainan PES 2009.. haha..
lepas bermula babak kedua.. M.U dilihat tidak bermaya dan kekurangan idea untuk menembusi benteng pertahanan Barca yg diketuai oleh Puyol yg byk merantai Pelakon Terbaik Anugerah Skrin iaitu Cristiano Ronaldo yang tak mampu melepasi kuda tua catalan itu..


dan akhirnya sahabat baik aku.. Messi.. menjaringkan gol kedua melalui tandukan.. walaupun menyenget kepala2 dan badannya.. namun tandukan itu berjaya menewaskan Van Der Sar sekali lagi.. Messi yg ketot2 itu pon mampu menjaringkan gol melalui tandukan dengan melompat dengan tingginya.. npklah kesungguhannya bermain bola sepak dengan sepenuh hati dan jiwanya dan Messi lah yg sepatutnya dianugerahkan pemain terbaik FIFA sedangkan Ronaldo lebih layak dianugerahkan Anugerah Pelakon Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun hadapan.. haha.. reja belakon nak dapat free kick ja.. apa dia..?
haha..

VISCA EL BARCA...!!

Wednesday, May 13, 2009

rakyat kurang tahu

negara sekali lagi digemparkan dengan berita kontrovesi hasil dari keputusan mahkamah yang menyatakan Datuk Nizar masih lagi sah menjadi MB di Perak kelmarin. Namun keputusan itu ditangguhkan atas rayuan Datuk Zambry. Sebenarnya aku agak keberatan nak menulis pasal politik kat blog aku ni..
sudah lama aku tak postkan apa2 kat blog aku ni..
tapi apa yang aku nak postkan ni bukan la pasal politik.. tapi pasal apa yang orang kita tak paham pasal situasi yang berlaku kat perak sekarang ni..
kemana sahaja akuj pergi mesti sahaja orang2 tua akan bercakap berkenaan kemelut yang berlaku di Perak pada hari ini.. dari apa yang aku dapat perhatikan.. baru hari ini orang mula paham akan situasi yang berlaku kat Perak hari ni.. sebelum ni mungkin ramai yang tak paham bagaimana perkara ini berjalan mengikut prosedur yang betul.. iaitu melalui perlembagaan..
mungkin hari ini mereka tak paham yang seorang menteri besar itu tak boleh disingkirkan daripada jawatannya walaupun dengan kuasa seorang sultan kerana sultan melalui kuasa budibicaranya hanya boleh melantik seoran menteri besar dan tak boleh menyingkirkannya.. malah seorang MB itu hanya boleh disingkirkan melalui undi tidak percaya dikalanya ahli DUN melalui satu sidang DUN.
perkara ini yang menyebabkan kurangnya pengetahuan dikalangan rakyat jelata di Malaysia ini yang menyebabkan mereka tidak paham situasi sebenarnya yang berlaku di Perak sekarang ini. mengikut perlembagaan atau pun dalam situasi perundagaannya Datuk Nizar masih lagi sah sebagai MB Perak melalui apa cara sekalipun.
apa yang aku nak tekankan disini adalah rakyat tidak paham situasi dan tak paham perkara yang sebenarnya tertulis didalam perlembagaan kerana tidak ada satu medium yang dapat menerangkan nak memahamkan seluruh rakyat jelata tentang apa yang terkandung dalam Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Media2 terutamanya media perdana yang dikuasai oleh kerajaan begitu asyik memaparkan tentang kekecohan yang berlaku di Perak dan memaparkan berita yang hanya menyebelahi sebelah pihak tanpa ingin memahamkan rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku.. Akhirnya melalui keputusan mahkamah kelmarin mungkin sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kerajaan tentang apa yang mereka telah lakukan..
mungkin kini mereka sedang mencari jalan atau helah yang lain untuk membetulkan keadaa bagi pihak mereka sahaja yang hanya menunjukkan kesilapan bukan dari pihak kerajaan.

Monday, February 23, 2009

buring2.. survey..

10

How did you get one of your scars?
stabbed by an angel
..

How did you celebrate your last birthday?
didn’t celebrate it.. as I remember..


How are you feeling at this moment?
berbulu...


How did your night go last night?
hv class.. political structure.. prof ruslan.. .


How did you do in high school?
mish all d thing I’ve done.. n friends..!!


How did you get the shirt you're wearing?
bought it by myself.. bundle aje...


How often do you see ur best friend?
every minute and everyday.. .


How much money did you spend last month?
last month..? agak byk.. pegi peneng.. huhu..


How old do you want to be when you get married?
after im totally ready.. haha..!

How old will you be at your next birthday?
21..



NINE WHAT'S:

Your mothers name?
lovely mrs norma awang

What did you do last weekend?
slept all day long.. tired..


What is the most important part of your life?
with all friend that cheer up my life..



What would you rather be doing?

Listen to my walkman.. playing PES2009 at room c114..



What did you last cry over?
its been years ago..



What always makes you feel better when you’re upset?
my walkman..


What’s the most important thing you look for in a significant other?

I don’t know.. never think bout it..



What are you worried about?
assignments n my pointer this semester
,


What did you have for breakfast?
I didn’t breakfast this morning..




EIGHT HAVE YOU’S:

Have you ever liked someone who had a girlfriend/boyfriend?
yes.. maybe..




Have you ever had your heartbroken?
yup.. .



Have you ever been out of the country?
not yet.. one day maybe.. .



Have you ever done something outrageously dumb?
I guess.. yes.. .


Have you ever been back stabbed by a friend?
yes..! but not by any knife or axe..



Have you ever had sex on the beach?
nope.. but I hv watched sex and the city once.. huhu..



Have you ever dated someone younger than you?
yup..


Have you ever read an entire book in one day?
nope.. i will asleep after 30 minutes..




SEVEN WHO’S:

Who was the last person you saw?
my roommate.. cam sial..! .


Who was the last person you texted?
my lovely t-rex n I hate u d most.. =P


Who was the last person you hungout with?
.am.. kot..>? sapa lg..



Who was the last person to call you?
my bloved mama..


Who did you last hug?
just my mum..


Who is the last person who texted you?

t-rex.. again.. =(


Who was the last person you said "i love you" to?
no bodi.. except myself..


SIX WHERE’S:

Where does your best friend live?
mostly alor star.. the other kuching+sibu+sg buloh+sabah+selayang but they r currently at their University rite now..



Where did you last go?
DKG 3/2.. ethnic relation class.. just touch n go.. =)



Where did you last hang out?
jitra mall.. in last week..



Where do you go to school?
Im not in school anymore..


Where is your favorite place to be?
mak tok house.. peaceful place to be
..


Where did you sleep last night?
my room. C118 bank rakyat college..



FIVE DO’S/DOES:

Do you like someone right now?
im empty inside..


Do you think anyone likes you?
Idk.. no one ever tell me..


Do you ever wish you were someone else?
never..

Do you know the muffin man?
nope .


Does the future scare you?
I guess.. if its not going like what I want..

FOUR WHY’S:

Why are you best friends with your best friend(s)?
I don’t know.. they r the best thing that Allah gave to me..



Why did you get a myspace?
my friend ask me to get into this shit..



Why did your parents give you the name you have?
idk . its not them.. my aunt gave 2 me my name..



Why are you doing this survey?
just wasting my time.. bored with diplomacy..



THREE IF’S:

If you could have one super power what would it be?
I can answer final exam question correctly without doing any revision.. =)


If you could go back in time and change one thing, would you?
never let my mama cried bcoz of me.. =(


If u were stranded on a deserted island & could bring 1 thing what would you bring?
one of my friend.. can i..? (sapa la nak jadi mangsa tu..?)



TWO WOULD-YOU-EVER’S:

Would you ever get back together with any of your ex’s if they asked you?
fuck u..! u hoe.. I don’t want u back..!



Would you ever shave your head to save someone you love?
ridiculous..! what for..?



ONE LAST QUESTION

Are you happy with your life right now?
not yet..! until im succed..

Tuesday, January 27, 2009

Conficker.worm

Seminggu lalu lebih kurang minggu lepas aku telah ataupon dlm past tense’nya aku telah scanned laptop aku termasok dgn external hard disk aku dengan antivirus yg telah bertahun di install di dlm laptop aku.. antivirus tersebut yg diberi nama Nod32 yg dikeluarkan oleh company yg bergelar Eset dan aku tak tahu di negara manakah kompeni ni berpengkalan.. Mungkin juga dimiliki oleh orang yahudi keturunan rejim zionis.. tapi apa kan daya.. terpaksa aku gunakan juga.. sudah tak ada alternative lain.. nak beli baru pun mahal.. kerana kaspersky yg diketahui dikeluarkan oleh negara Russia.. tapi korang tak tahu.. mungkin juruteranya juga orang yahudi.. haha.. whatever..kerana antivirus ini aku dapat dari seorang kawan aku yg didownloadnya dari internet dan di crack kannya agar boleh diguna ramai.. dalam erti kata lain.. free la.. tak da tempoh trial ka apa kah kerana aku boley gunakannya selama mana yg aku mau.. that why aku masih menggunakan antivirus ni sejak dari penghujung tahun 2006 hingga la ke saat aku menulis blog ini.. walaupun antivirus ni agak old school dikeluarkan pada tahun 2006 dan mungkin sudah ada keluaran terbaru dipasaran.. tetapi aku tidak akan lupa men’update’ antivirus aku ini dari semasa ke semasa..Selepas menanti dengan agak lama kira2 sejam atau lebih.. antivirus tersebut berjaya men’detect 3 virus didlm external hard disk aku.. 2 dapat di hapuskan dengan jayanya dan tinggal la lagi seekor budak hitam.. eh silap.. seekor virus di dlm hard disk itu.. dipendekkan cerita selepas aku men’update antivirus aku beberapa hari kemudian.. antivirus aku tersebut masih gagal menghapuskan virus tersebut.. ini kerana antivirus aku tersebut memberitahu bahawa virus tersebut adalah virus yg terbaru dan terpaksa di submit ke Lab mereka utk dianalisis.. antivirus yg terdapat dalam laptop aku mencatatkan virus tersebut seperti dibawah;

H:\RECYCLER\S-5-3-42-2819952290-8240758988-879315005-3665\jwgkvsq.vmx - a variant of Win32/Conficker.X worm

So.. yesterday.. huhu.. aku membaca berita harian 26 Feb 2009.. di ruangan dunia muka surat 41 bertajuk Virus misteri jejas 15 juta komputer. Virus ini telah menyerang komputer2 di US, Russia, China, India dan juga external hard disk aku.. virus2 tersebut yg dikenali sebagai Downadup, Conficker atau Kido. Conficker.. tu yg ada dlm external hard disk aku..virus ini tidak dapat dikenalpasti apakah tujuan penyebarannya kerana pihak keselamatan berpendapat ia tidak mempunyai sebarang kegunaan. – Agensi

Tetapi virus ini hanya dapat dikesan oleh antivirus aku kerana virus ini gagal dikesan oleh antivirus dlm laptop kwn2 aku yg lain yg mengunakan antivirus dari kompeni yg lain.. bagi aku terasa rugi juga kerana membayar rm50 utk sesuatu antivirus yg gagal berfungsi melindungi Pc/loptop kita dengan sempurna sedangkan aku hanya meggunakan antivirus yg di crack oleh rakan aku satu ketika dulu.. tetapi mampu melingdungi laptop aku dengan sempurna.. ini juga bukan pertama kali antivirus tersebut telah berfungsi dengan sempurna.. malah satu ketika dulu ia juga telah meghapuskan beberapa virus dlm laptop aku yg menyebabkan laptop aku menjadi slow.. aku disini juga ingin memberitahu kawan2 yg mungkin bertanya apakah antivirus yg terbaik..? antivirus yg boleh dianggap berkesan melindungi laptop kita.. ini kerana Nod32 yg aku gunakan ini bukan calang2 antivirus kerana ia merupakan antivirus yg memenangi award sejak tahun 2005 lg..

Tuesday, January 20, 2009

1.. Kasih Yg Abadi..






Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?



Kita dapat melihat bagaimana kepedihan hatinya apabinya menghembuskan nafasnya yg terakhir dipangkuannya.. tak dapat kita bayangkan bagaimana perasaannya ketika itu..

kepada rakan2 aku.. yg masih mempunyai ibu.. segeralah memohon maaf dan meminta ampun kepada ibu anda keatas segala kesilapan yang anda telah lakukan terhadapnya.. selagi kita berkesempatan..

kepada mereka2 yg terlalu jauh hatinya kepada ibu mereka.. segeralah dekatlah kembali hati itu kepada ibu.. sesungguhnya cinta kita kepada seseorg itu hanyalah mainan dunia sehingga kita berjumpa seseorg yg benar2 ditakdirkan utk kita.. cinta dan kasih seorag ibu adalah kasih yg abadi.. kasih yg tiada tolok bandingnya di dunia ini.. kasih yg membawa ke syurga.. kata org tua.. syurga di bawah telapak kaki ibu.. mmg ada kebenarannya..

selagi kita mempunyai seorang yg bergelar ibu.. jgn lah dilupakannya.. jgnlah kita lebih mengutamakan org lain dari kasih sesorg ibu.. jgn sampai suatu masa.. dia akan pergi meninggalkan kita.. dan di kala itu la kita menangisi pemergiannya.. dan menyesali segala perbuatan kita dan menagih kembali kasih abadi yg satu2 nya di dunia ini..