Thursday, December 29, 2011

Facebook Timeline Cover

mesti ramai yg dah tukaq facebook profile ke facebook timeline yg baru.. meh aku share facebook timeline yg superkewl..!

Monday, November 28, 2011

November ME..

NOVEMBER
-banyak idea dalam sesuatu perkara
-perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
-otak dan pemikiran yang sangat tajam
-cara berfikir lain dari orang lain
-berfikiran kehadapan, unik dan bijak
-banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
-penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
-sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
-sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
-amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
-daya firasat sangat halus dan tinggi
-bagus sebagai doktor
-cermat dan teliti
-personality dinamik
-tidak hargai pujian
-bercita-cita tinggi
-terlalu degil dan keras hati
-apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
-sangat rajin dan berkemampuan tinggi
-kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
-pandai mendorong diri sendiri
-berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
-mudah ambil berat terhadap orang lain
-tak suka marah kecuali tergugat
-pandai muhasabah diri
-romantik
-tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
-suka duduk di rumah
-tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

hehehe.. ada ciri2 yg di atas sama mcm aku.. wlopon tak semua.. tp mostly itulah melambangkan diri aku.. =)

Friday, November 25, 2011

Hermione

walaupun aku tak penah minat Harry Potter dan aku just penat tengok episod 1 saja dulu tapi but it cant help 'love at d first sight' aku kat Hermione.. so lets take a look at Hermione if she were not a Griffindor..


and i choose Slytherin Hermione

=)

Wednesday, November 23, 2011

International Relations

post kali ini bukan nak cerita pasai Harimau Muda yg menang pingat emas semalam. apapun tahniah la kat Malaysia sebab berjaya mempertahankan pingat emas.. sekurang2nya zaman bolasepak kita kembali.. 3 finals in past 3 years dan 2 kali menang dengan Indon.. the statistic show it all..

nak cerita byk pasai game kelmarin pon tak guna mesti hampa semua tengok live dgn mata hampa sendiri lepaih tu dgn semangatnya membaca blog2 pasai kemenangan harimau muda neh.. paling best tgok kwn2 aku post status FB dan tweet pasai game malam tu la.. ada yg dok puji team Malaysia tak kurang juga yg mghentam Timnas Indon dan juga kelaku supporters depa.. untung la hampa..

untung la sebab boleh post dgn overgumbiranya dan dgn overnya menghentam kelaku player Indon dan supporters depa tu.. pasai aku tak boleh buat macam tu kat FB n tweet.. disebabkan aku mempunyai "International Relations" jadi aku terpaksa mgambil dasar berdiam diri.. demi takmau memburukan hubungan dua hala ini.. cewah..

jadi kat sini la aku nak komen sikit pasai kelaku tak elok orang2 disebelah sana neh.. bukan semua tak elok ok kelalu.. yg 'sorang' aku kenai ni elok ok.. hehe.. ;) memandangkan kalo aku post yg tak elok kat FB nt dia boleh tengok kat wall aku dan maybe dia tak penah tau yg aku ada blog ni.. huhu..

syukur pasai team kita menang atas segala yg dilalu oleh player2 kita kat sana.. memandangkan kelalu tak elok player2 dan juga supportes depa yg seperti kita dah tau depa lansung tak hormat lagu kebangsaan kita, membakaq bendera kita hanya pasai kalah 1-0 di peringkat kumpulan.. sorakan 'malingsia' dan 'boo~' selalu dah kita dok dengaq.. paling terok sekali bas team kita utk ke stadium ditahan oleh supporters gila Indon tak bagi team kita masuk final.. lasts masuk dgn barracuda la player kita.. lepas Harimau muda menang penalti tak sempat players2 kita nak celebrate boleh pegawai kesihatan serbu masuk ke padang utk buat ujian Dopping kat player kita.. semua modai nak jatuhkan team kita la ni.. jenih tak leh terima hakikat sungguh bangsa ni.. (tp sorg ja tak mcm tu.. hehe..) lpaih tu plak.. Indon lansung tak hormat majlis pnyerahan pingat bila depa semua terus masuk ke bilik persalinan time team kita menerima pingat emas.. burok sungguh kelaku.. (sama macam Real Madrid) bodoh sombong..!

(gambar) Ong Kim Swee tidak dapat meraikan kejayaan ke final bersama anak buah selepsa tamat perlawanan kerana dihalang oleh beberapa 'body guard' kejohanan sukan sea yang bertindak ala samseng. Benar jurulatih kita digantung perlawanan daripada berada di bangku simpanan tetapi seperti sudah dirancang oleh pihak yang lain, sebaik tamat perlawanan ketika jurulatih berbangsa Cina itu turun daripada tangga dan dihalang oleh 3-4 'samseng upahan' tersebut. Bukan mahu mencari publisiti murahan, namun tindakan menolak Ong Kim Swee seperti mahu bertumbuk dan bergaduh itu yang amat dikesali kerana jurulatih Harimau Muda itu bukannya 'penjenayah' ! Atas dasar apa beliau dilayan sebegitu? Keselamatan kah? Apapun diharap skuad ini tabah menghadapi sebarang dugaan yang datang kepada mereka.


apapun tak semua supporters indon yg buat kelaku lagu ni.. dan ada juga yg dah sedaq yg team depa masih tak mampu nak saingi malaysia seperti yg diluahkan oleh salah sorg supporters tegar timnas kat sini..
mcm tu juga 'duta' indonesia aku awai lg dah text aku wish "congret n happy for us..!" hehe.. pasai tu aku tamau mgeruhkan lagi 'int. relations' ini.. keh..keh..keh..

tahniah Harimau Muda..!

p/s: ohh.. aku lupa ada jgk post pasai kelaku tak elok penyokong kita time lepas team kita menang di Gelora Bung Karno yg 'dia' share kat aku..

(sorry imi if u ever read this post.. ;) )

flirting tips

ni tips yg aku dapat dariblog ex-scandal aku dulu.. baek sggoh dia.. wlopon dia dah tggai aku dia still bg tips kat utk utk dapat a better girl.. huhu..


jadi sapa2 yg tringin nak stalk ez-scandal aku dulu follow link ni.. Ozawazone.. ahaks..! ;)

Guess Who?

my lovely Megan with no make up in 2005.. <3<3<3
(pelis dont #fap with this pic.. ahaks!)

Friday, November 11, 2011

my guardian autobots

tshirt+jeans-makeup=gorgeous!

sapa cakap kalo nak npk chantek mesti pakai melawa dgn wajib muka tempek makeup..? sorry to say yg aku lebih suka pompuan yg tak makeup, cukup la setakat basic foundation, nipis yg sesgt nipis sebab ia menunjukkan kecantikan sebenar.. the natural beauty.. its can really melt my heart down.. and thanks to my love Megan sebab bagi can kat aku kat sini nak tunjuk kat hampa even with no make up.. she's still the gorgeous.. I love u bebyyy~! ;)




'she's sensation.. she's sensationnnn... she looks so sweet..!'

balik umah mesti kena marah ngn adik dia sebab curi baju.. hihihi..

p/s: to my #missfuture its just jeans n tshirt with no makeup.. n you just amazing just the way you are.. ;)

Wednesday, November 9, 2011

MU hater

6-1 Loser

terus terang kat sini aku adalah seorang haters Man U. aku selalu tengok game ManU sb nak tengok depa kalah. dan time ManU kena 1-6 ngn Man City hari tu aku salah sorang insan yang paling gembira bukan pasai aku minat Man City. post2 aku kat FB time tu pon penuh dengan provokasi. huhu. disebabkan post2 aku tu la aku di sound oleh Fans ManU ni la yg kononnya aku jeles dgn ManU sebab ManU team yg hebat dlm EPL. ok that true jaguh kampung, hampa lupa ka berapa kali hampa kalah dengan Barca kat Final Champ League. Champ League ok. bukan Piala Liga. haha! so kali ini aku nak cerita apa sebabnya antara true Haters ManU ini walaupon aku bukan seorang Gunners, The Kops dan juga The Smurf (Chelsea) aku seorang BlauGrana..!

najib n co
sebab pertama aku tak suka MU ni pasai Najib pon minat MU. haha. termasuk juga beberapa orang dalam FAM yg taksub sgt ngn MU n EPL.
look at the loser

media
ni yang main peranan penting sekali. kalo cerita pasai MU ja mesti penuh surathabaq masuk berita pon banyak2 kali. sama besaq ja kolum MU dgn Selangoq kalo depa menang. tapi kalo team lain menang ja cerita ciput ja hujung2 surathabaq sama macam Kedah. sama ja highlight kat berita tunjuk game MU ja hebat sgt kat MU? last2 disekolahkan oleh Barca jugak 2 kali. maybe pasai media perdana Najib and Co. pnya kot. haha.

revenge
sebab seterusnya juga pasai dendam sebab MU berjaya kalahkan Barca time semifinal Champ League 07/08 dan teruih depa menang Champ League time 2. mmg frust gila aku time tu tengok live kat kedai mamak. huhu. gua dah lama minat Barca beb..

supporters
ini juga antara sebab utama aku tak suka MU. perangai supporters. kalo boleh tetiap minggu depa nak tengok game MU ja. macam team lain takdak dah main kat TV. time Champ League pon depa nak tengok even MU lawan team lemah. come on aku penah bg budak indon layan Derby of della Madonnina even aku yg awai2 tengok Barca lawan pasai aku tau game tu lagi best. dan byk lg la annoying things psai fans MU neh.


She Devil
last but not least perkara yg buat Hater sgt ngn MU ni pasai 2 orang yg penah 'heart break'kan aku adalah fans MU. dan mesti la aku suka sangat tengok MU kalah pasai aku boleh menhanjeng team depa yg loser tu dan aku suka pasai depa mesti akan heart break juga bila tengok MU yg depa sayang tu kalah. sorry baby that why we are not mean for each other. newey trimasss Messi and Co. pasai sekolahkan MU di Final dua kali berturut2.. haha..!

(sorry Al I steal ur pic)

so.. fans MU jgn dok perasan sgt aku hate MU pasai team hampa hebat. kalo MU hebat sgt takkan boleh kalah ngn Barca dua kali kat final kan..? tak gitu..? hahas..!

Friday, November 4, 2011

Fakta Ipad 1

berikut adalah perbezaan Ipad 1 keluaran Apple yg dikeluarkan pada tahun 2010 dan TC1100 keluaran HP tahun 2003. perbezaan dalam kotak tu menerangkan perbezaan kedua-dua spesifikasi yg bezanya adalah 7 tahun.
(klik utk besaqkan)

kemudian comparekan Ipad 1 dgn batu.

(klik utk besaqkan)

haha.. maybe perbandingan ini dibuat oleh orang yg frust tak dapat nak pakai Ipad.

Saturday, October 22, 2011

Libya under Gaddafi

In fact that Muamar Gaddafi rules Libya with Autocracy a.k.a Dictatorship there's some fact that we don't know about his policy toward ruling the country. Otherwise there must be a propaganda manipulated by the western media that gave a bad image about him. here some fact that i get about some internal policy by Goverment ruled Muamar Gaddafi.
1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.
2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.
3. Home considered a human right in Libya - Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi's father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.
4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.
5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate.Todayy the figure is 83%.
6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick-start their farms - all for free.
7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it - not only free but they get US$2,300/mth accommodation and car allowance.
8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.
9. The price of petrol in Libya is $0.14 per liter.
10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion - now frozen globally.
11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.
12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.
13. A mother who gave birth to a child receive US$5,000
14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15
15. 25% of Libyans have a university degree
16. Gaddafi carried out the world's largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.
ps: Al-Fatihah~

Thursday, October 20, 2011

Tahukah Anda..?

Pada hari ini 20 Oktober, 64 tahun dahulu, rakyat negara ini telah bersatu merentas kaum, agama, kelas, kepercayaan, fahaman & ideologi untuk satu matlamat - menjalankan Hartal seluruh Malaya sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Federation 1946 ciptaan penjajah kolonial British, dan bagi menyatakan sokongan terhadap Perlembagaan Rakyat 1947 ke arah kemerdekaan tanahair. Dari Alor Setar ke Johor Bharu, dari Ipoh ke Kuantan, jalan2 lapang, kedai2 ditutup, kilang2 tergendala, kota2 dan pekan2 seluruh tanahair telah terhenti.


SELAMAT HARI HARTAL!

Monday, October 10, 2011

Kedah Dictionary

1.Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
.3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
... 5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15 Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 . Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
150.pancoq= tandas

Monday, September 5, 2011

His-Story

SEJARAH subjek yg paling kita boring kat sekolah dulu menjadi topik paling 'hot' sekali hari ni. disebabkan satu isu sensitif dibangkitkan. ramai yg menyarankan sejarah dikaji semula fakta dan bagaimana ia di olah dulu. haha.. baru-baru ni ja perkara ini dibangkitkan tu pun pasai isu bukit kepong tu dibangkitkan kalo tak kita masih lagi lena dalam kelas sejarah. jadi hari ini baru orang nak celik pasai sejarah ini tentang kebenaran faktanya. kat sini aku nak ciwi la dgn hampa pasai 2-3 sem sebelum ni aku ada argue dgn Dr. Rie Nakamura (salah sorang lecuter killer course aku) pasai sejarah ni dalam salah satu 'assignment' aku. aku nak tayang kat hampa ni pon pasai Dr. Nakamura agak setuju dgn hujah2 aku berkenaan sejarah berdasarkan pemerhatian dan pendapat aku. pasai aku dah 2-3 sem lepas lagi dah terpikir pasal fakta dan olahan sejarah dunia yang disuap dalam otak kita sejak kita tau apa tu sejarah..

'This paper is about my thought of History subject that was taught at school and also my opinion about the history education at school and my thought and opinion about the history that have been made in my home country Malaysia and some other around the world. This paper is an attempt to understand the reason why the history subject had been teach in school and also an attempt to explain about my opinion how the history education contribute to create national history. I will elaborate my paper in two parts. In part one I will examine what kinds of history was taught at school also explain about the history syllabus in that been teach in Malaysia and in the second part of this paper I will argue with my opinion about all my thought about the history in my home country Malaysia and some other around the world.

I remember back in time when I was in the first year in high school when me and other student were introduce to the history subject. The most un-favorite subject among the student because this is the subject that we need to read a lot and bored to be teach during the classes. I remember that time that I always slept during the history class at that time. I also remembered the first topic that had been learned which is explained to what is history. If I not mistaken, the term ‘History’ introduce by Herodotus was an ancient Greek historian who lived in the 5th century BC also known as father of history in Western culture , that he state that history came from the word his story that mean a story from somebody.

In first part of this paper which I examine which history was tough in school. In the first topic also the student had been show about all the successful history of Malaysia for example the Independent of Malaysia, Thomas Cup success, launched of the first national car Proton saga and The Petronas Twin Tower. As because the history is a part of the nation-state building, this is as a way to fire up the spirit of nationalism among the student to this country this is because the third aspect of instrument of homeland making which is creating the symbolic national landscape state that a particular landscape is chosen as the symbolic presentation of the entire homeland and the images evoke nostalgic feeling about the land, the people and its past. After that as I remember, the subject continue with the history of how this country began. As everybody knows, the state of Malaysia started with the Malacca Sultanate long-long time ago.

The first king of Malacca which is Parameswara a prince from Palembang from the once Srivijayan empire, established a dynasty and founded the Malacca Sultanate. Conquest forced him and many others to flee Palembang. According to the Malay Annals, here Parameswara saw a mouse deer outwitting a dog resting under a Malacca tree. Taking this as a good omen, he decided to establish a kingdom called Malacca. He built and improved facilities for trade. By this event, we can refer to the Instruments of homeland making that state that construction of national monuments and commemorative sites. Argue that the selection and commemoration of historic figures, events and sites help to ground the nation and homeland in specific places and times. This show that the history of the nation already been created and selected in certain time in order to create an image and symbol of the homeland.

In this case, I was wonder why Malacca Sultanate had been selected as a beginning of this country while there is another old government than the Malacca which is ‘Kedah Tua’ that is existed long before the Malacca Sultanate. The existence of ‘Kedah Tua’ government also need to be include in the history and Malaysia but ‘Kedah Tua’ only be mention just a few part in the history of Malaysia.
The second part of this paper, I want to argue with my opinion about the history in my home country and some other in the world. This is because, in my thought some of the history were be made or had been added more story from the original one. With this argument, I have state before earlier in this paper that the term ‘History’ introduce by Herodotus that stated that history is a story from somebody. To stand my argument I give the example of the story of Hang Tuah the legendary warrior/hero who lived during the reign of Sultan Mansur Shah of the Sultanate of Malacca. Some people argues whether Hang Tuah is really a hero of the Sultanate of Malacca because a story from the famous book ‘Hikayat Hang Tuah’ deliver a really good image of Hang Tuah as a hero of Malacca while the other story from the old folk stated that he is not really like that which is Hang Tuah had a bad attitude. Some story from the old folk told that Hang Tuah was having an illicit affair with one of the Sultan's stewardess ‘dayang’ and also a affairs the Princess of Pahang Tun Teja that later became the wife of the Sultan. This case also we can refer to the third aspect of homeland making that is creating the symbolic national landscape where is Hang Tuah is a good image from the past that make him icon of this day.

In the other story, I was interested by a film 300 a American action film adaptation of the graphic novel of the same name by Frank Miller. In the film, King Leonidas leads 300 Spartans into battle against Persian "God-King" Xerxes and his army of more than one million soldiers. What a wonderful famous Greek history that we can see in this film on how strong the Spartan army is. How 300 men can take over others one million soldiers? This is a really interesting story in this film. While I am tempted by this film, in my thought are this is another story that made by the famous Greek historian. This is because in this film we can see that one of the 300 soldiers of the King Leonidas squad known as Dilios survived from the death and returned to Sparta and form over 10,000 Spartan soldier to face the evil Persian army. Before the battle, he told this glorious 300 Spartan story to high up the spirit of his soldier forward the battle. This is because although they are still outnumbered, Dilios declares that the Greeks shall be victorious, and praises the sacrifice of King Leonidas of Sparta. He then leads the Greeks in a charge against the Persian army, beginning the Battle of Plataea.

From this story I feel that in my opinion was the history of glorious 300 have been made to fire up the spirit among the soldier to the Battle of Plataea. What I can say here this is one of the propaganda during the ancient time when there are in kind of situation like this as we know they are 10,000 Spartan to face ten times of Persian Army of their size. Also we know ancient Greek also famous with their god story as example the famous god Zeus, Poseidon, and Hades and some of them married to human that came with a child called demigod such as Achilles and Hercules the story that we hardly to believe. From this I think is true if some of the history from the past are originally made from the story from somebody that according to Herodotus term that ‘history’ is a story from somebody.

As a conclusion, we know that history is one of the instruments of nation-state homeland making. History itself became a symbol and an image of the country which make we know who we are and where we came from. With history also it presents the image and the symbol of one country. The main idea of my writing in this essay is that I want to explain based on my opinion that history is have been made. Although not as the whole of the history, I believe some part of the history is actually created by somebody in the day before. In the first part of my essay I write that the history is created and have been chosen to present the image of the country while in the second part of my essay I express my opinion that the history is been made or been added from it original edition.'

nak menambahkan lagi hujah aku kat sini. pihak yg berkuasa mempunyai pengaruh untuk mengawal apa saja bahan untuk disalurkan kepada rakyatnya sebagai contoh pengunaan media massa sebagai alat propaganda mereka. ini telah dinyatakan oleh Antonio Gramsci(sapa tak kenai google jala) iaitu "nilai2 kapitalism telah dipupuk dan disalurkan kedalam minda kita melalui pembelajaran" contohnya subjek sejarah, dimana kapitalism yg menguasai dunia menggunakan 'intellectual hegemony' mereka melabelkan komunism itu adalah jahat. dan lagi dunia sudah lama dikuasai oleh kapitalist dan sekutu2nya dan tak hairanlah jika sejarah dunia telah diolah mengikut acuan mereka dan sejarah2 yg kita baca dalam buku teks ini sebenarnya adalah hasil karangan mereka dan juga kerajaan Malaysia.




Wednesday, August 10, 2011

BEWARE! Operation Facebook


Anonymous merancang akan membuat godaman pada semua akaun2 kat facebook pada 5 November 2011 nanti.. sebab dan musabab depa nak buat camtu boleh hampa tengok kat video youtube kat bawah ni.. kesahihan dan kebenaran pasal info ini aku pon tak sure la.. pasai anonymous ni bukan member aku.. dan aku lansung tak kenai depa.. huhu..


(kalo video dah diremove oleh user roger aku. aku dah preapare backup) ;)

jadi pakat-pakat la jaga dan backup apa2 yang patot dalam akaun facebook hampa tu.. ok..! =)

Tuesday, August 9, 2011

'duit pecah' baru Malaysia

pada yang tak tau dan yang dah tau.. Malaysia tak lama lagi akan mgeluaqkan syiling terbaru bagi menggantikan syiling yang lama. rupa syiling tersebut adalah macam ni:

tapi apa yg mengkontrovesikan disini apa yang aku dapat dari blog adalah kelihatan seperti corak 'Star of David'. ada sapa tak tau apa itu star of david..? star of david adalah bentuk bintang atau seperti pentagram yg terdapat kat bendera Israel nuu~


Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?

pikiaq2 dan renungkan laaa~

iklan puasa

ok.. dah seminggu kita posa.. maybe aku dah terlambat sikit post psai posa ni.. atcually aku tak tau apa sangat dah nak post pasai posa ni.. pasai tahun2 sebelum ni aku time bulan posa ja aku akan post pasai cerita Kachi Height dgn 15c114.. =) tapi kini tiada lagi cerita semua itu.. semuanya hanya tinggal kenangan belaka.. huhu..

jadi posa tahun ni tak dak apa sangat yg aku nak share pasal bulan posa tapi hanya beberapa klip video yg aku nak share ngn hampa semua.. maybe ada yg dah tengok.. kalo yg tak tengok 2 lg baguih laa~

aku amat tertarik dgn klip video yang di post oleh Productive Muslim ini..





simple dan kreatif.. mmg motif utama video ini adalah utk nasihat kpd umat islam yg berpuasa..

tapi.. kita balik ke negara kita pula.. hampa pon tau kan kalo mai musim perayaan mesti setiap channel pakat pulon nak tayang iklan depa yg cambest tu.. tapi dok pulon sgt kekadang tak elok sgt.. last2 awai2 posa lagi dah timboi kontrovesi ada iklan dah dibanned dan ditarik balik dari disiarkan.. oleh pasai aku ni jenih susah tengok tv.. aku pon usaha lah cari video tu.. jadi aku pon nak share la dengan hampa yg mana tak tengok lagi iklan tu..



bagi aku idea iklan ni mmg bagoih pasai nak mngajaq orang Malaysia ni adab2 di bulan posa ni.. memang la orang2 Malaysia tak kira cina ka india dah paham konsep posa dan bulan Ramadhan agar menghormati umat Islam negara ini yg berpuasa. tapi sbg contoh la aku amik segmen ketiga iklan tadi tu mnasihati supaya berpakaian sopan di tempat awam di mana pelakonnya adalah amoi.. tapi aku p bazar aku tgok org melayu kita jgk yg pakai.. masyallah.. mesti kah nak pi bazar kena pakai mcm tu..?

dan bagi aku iklan ini ditarik balik pon pasai tekanan dari orang cina. kalo pelakon pmpuan tu bukan cina la.. aku rasa sebulan2 ni kita boleh tengok iklan tu sampai raya. depa saja tak mau bagi nampak yg bangsa depa jahil sampai mcm 2.. huhu..

SELAMAT BERPOSAAA..!

Monday, July 25, 2011

Facebook Chat Lama!

How to reverse Facebook chat?

kepada yg dok sakit hati dan sakit kaki kat facebook chat terbaru.. aku disini ada jawapannya..

untuk yg dok guna Google Chrome:
  • p kat link ni Chat Reversion dan klik butang Install kat penjuru atas belah kanan page tu.
  • Install sofware tu
  • restart Chrome dan login Facebook
untuk yg dok guna Mozilla Firefox:
  • download dan install add-on GreaseMonkey
  • restart Firefox
  • p kat link ni Chat Reversion dan klik butang Install kat penjuru atas belah kanan page tu.
  • tggu sat pastu klik button install
  • restart Firefox dan login Facebook
sesi dating percuma bersama pakej istimewa diberikan kepada 5 pemanggil pertama..
jgn mbuang masa lagi.. sila dail 012-3456789 SEGERA..

SELAMAT MENCUBAAAA..!

Tuesday, July 12, 2011

Quick Post

post pendek aku kali ini saja nak relek2 kepala otak.. aku tau hampa semua still tension dgn isu BERSIH. penat hampa dok bedebat ngn member2 yg tak sama fahaman politik kat pesbuk.. haha..

aku terlayan balik video The Arrivals ni. dan aku tempted bila tengok part ni. dan aku terpikir something.



dalam video ni kata pembinaan piramid dan struktur yg menyerupainya merupakan konspirasi tentang freemason dan dajal.

Egypt

France

Mayas
Sunway Kuala Lumpur

Canselori UUM.

UUM? Adakah 'New World Order' sampai di bumi Sintok? adakah semua ini ada kaitannya dgn freemason?
HAHAHAHA..!
=)

p/s: post ini hanya sekadar suka2 merilekskan minda dari tension isu BERSIH

Sunday, July 10, 2011

Democrazy?

What is Democracy? What is democracy?
It got something to do with young men killing each other, Arthur
When it’s comes my turn, will you want me to go?

For democracy, any man would give his only begotten son.
From Metallica 'One' music video.

DEMOcrazy?

jadi kelmarin terjawablah apa itu demokrasi secara 'Live' terus kepada kita. isu pehimpunan 'haram' BERSIH menjadi topik utama tak kira kat mana2 saja ada saja org dok cerita pasai benda ini. jadi mesti semua dah tau tak motip BERSIH ini adalah untuk menuntut 8 perkara iaitu:

1.Bersihkan senarai nama pengundi
2.Undi pos biar jangan mengarut sangat
3.Gunakan dakwat kekal
4.Akses media yang adil
5.Tempoh berkempen 21 hari
6.Agensi kerajaan bebas dari parti politik
7.Hentikan rasuah
8.Hentikan politik kotor

jadi inilah isu yg diperjuangkan oleh mereka2 yg anda lihat berjalan megah di jalanraya Kuala Lumpur dengan iringan lagu tema Roda-roda Kuala Lumpur.. hihi~
secara pribadinyalah aku menyokong walaupun dengan tidak sepenuh hati tuntutan BERSIH ini. tapi ingat aku hanya menyokong tuntutan mereka ini bukan aku menyokong perarakan mereka itu. ini mungkin kerana isu pengundi 'hantu' telah pon wujud dan juga aku dengaq time aku pon masih tak tau apa itu demokrasi. cerita mengenai undi pos dan juga golongan askar yg dikerah untuk menanda sejumlah kertas undi diperbatasan. mungkin anda juga tidak pernah terpikir yang nama anda tersenarai di kawasan2 bukan tempat tinggal anda sebagai pengundi.

persoalannya bagi aku ini. adakah satu sistem yg dicipta oleh manusia dan dikawal oleh manusia ini akan sentiasa dalam keadaan telus. tak kira 'side' mana pon yang berkuasa, depa akan menjalankan tugas secara telus dgn tanpa sebarang penipuan dan kuropsi. (Nabi Muhammad SAW ja yg maksum kat dunia ini). persoalan aku lagi adakah Malaysia satu2nya negara didunia yg pilihanrayanya tak telus. adakah negara maju didunia mempunyai sistem pilihanraya yang adil dan telus?

teluskah pilihanraya di dunia?

jadi perhimpunan BERSIH semalam itu atas dasar memperjuangkan demokrasi. adakah perhimpunan BERSIH itu haram.? adakah Malaysia benar2 demokrasi?

demokrasi bagi yang taktau adalah sebuah negara yg dipimpin oleh kerajaan yg dipilih oleh rakyat. dimana dasar sturktur dan undang2nya ditentukan oleh rakyat. demokrasi juga disebut sebagai sebuah kerajaan 'dari rakyat, oleh rakyat kepada rakyat'. kalo ikot idea asal demokrasi ini bapak menteri kita tu sebenaqnya adalah wakil ataupun kuli kepada rakyat. tetapi perkara yg sebaliknya pulak berlaku lani. jadi adakah benar suara rakyat benar2 di dengar hari ini? (tengok la bil terbaru astro anda sebagai rujukan) ;)

demokrasi memperjuangkan element diantaranya adalah:
-Pilihanraya untuk memilih wakil rakyat, yg dijalankan secara bebas dan adil.
-rakyat diberi hak mengundi
-kebebasan bersuara (berceramah,berhimpun dan sebagainya)
-kebebasan akhbar dan akses kpd media lain
-rakyat yg berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

jadi dari segi demokrasinya kebebasan bersuara seperti berhimpun adalah dituntut. tapi persoalan aku kat sini. adakah perhimpuan BERSIH ini betoi2 memperjuangkan tuntutan tersebut. dan ada versi yg aku dapat BERSIH adalah salah satu jihad.. memperjuangkan islam. what the hell..? hampa nak menambah lagi imej negatif foreigner terhadap Jihad ngn Islam ka? jihad utk apa..? jihad utk seseorang memperoleh kuasa? adakah ini jihad yg digalakan oleh Islam? so.. pelis jadi sekular sementara kat sini.. pisahkan agama dgn politik.

jadi pendapat aku aku tak menyokong lansung apa2 perhimpunan ataupun rally mcm ni. pasai ini hanya akan membawa imej yg buruk terhadap negara seperti yg telah dilakukan oleh channel Al-Jazeera hari ini. sedarlah byk pihak yg tgh tggu nak ambik kesempatan atas sedikit kesilapan kita. ada byk cara lagi utk kita mengunakan kebebasan bersuara kita. pikir jalan terbaik yg elok yg boleh menjaga imej negara dr merosakkannya demi utk kepentingan diri. jgn jadikan perhimpuanan jalanan yg mampu mencetuskan provokasi sebagai jln mudah. walaupun 8 tuntutan BERSIH itu ada rasionalnya.