Tuesday, January 27, 2009

Conficker.worm

Seminggu lalu lebih kurang minggu lepas aku telah ataupon dlm past tense’nya aku telah scanned laptop aku termasok dgn external hard disk aku dengan antivirus yg telah bertahun di install di dlm laptop aku.. antivirus tersebut yg diberi nama Nod32 yg dikeluarkan oleh company yg bergelar Eset dan aku tak tahu di negara manakah kompeni ni berpengkalan.. Mungkin juga dimiliki oleh orang yahudi keturunan rejim zionis.. tapi apa kan daya.. terpaksa aku gunakan juga.. sudah tak ada alternative lain.. nak beli baru pun mahal.. kerana kaspersky yg diketahui dikeluarkan oleh negara Russia.. tapi korang tak tahu.. mungkin juruteranya juga orang yahudi.. haha.. whatever..kerana antivirus ini aku dapat dari seorang kawan aku yg didownloadnya dari internet dan di crack kannya agar boleh diguna ramai.. dalam erti kata lain.. free la.. tak da tempoh trial ka apa kah kerana aku boley gunakannya selama mana yg aku mau.. that why aku masih menggunakan antivirus ni sejak dari penghujung tahun 2006 hingga la ke saat aku menulis blog ini.. walaupun antivirus ni agak old school dikeluarkan pada tahun 2006 dan mungkin sudah ada keluaran terbaru dipasaran.. tetapi aku tidak akan lupa men’update’ antivirus aku ini dari semasa ke semasa..Selepas menanti dengan agak lama kira2 sejam atau lebih.. antivirus tersebut berjaya men’detect 3 virus didlm external hard disk aku.. 2 dapat di hapuskan dengan jayanya dan tinggal la lagi seekor budak hitam.. eh silap.. seekor virus di dlm hard disk itu.. dipendekkan cerita selepas aku men’update antivirus aku beberapa hari kemudian.. antivirus aku tersebut masih gagal menghapuskan virus tersebut.. ini kerana antivirus aku tersebut memberitahu bahawa virus tersebut adalah virus yg terbaru dan terpaksa di submit ke Lab mereka utk dianalisis.. antivirus yg terdapat dalam laptop aku mencatatkan virus tersebut seperti dibawah;

H:\RECYCLER\S-5-3-42-2819952290-8240758988-879315005-3665\jwgkvsq.vmx - a variant of Win32/Conficker.X worm

So.. yesterday.. huhu.. aku membaca berita harian 26 Feb 2009.. di ruangan dunia muka surat 41 bertajuk Virus misteri jejas 15 juta komputer. Virus ini telah menyerang komputer2 di US, Russia, China, India dan juga external hard disk aku.. virus2 tersebut yg dikenali sebagai Downadup, Conficker atau Kido. Conficker.. tu yg ada dlm external hard disk aku..virus ini tidak dapat dikenalpasti apakah tujuan penyebarannya kerana pihak keselamatan berpendapat ia tidak mempunyai sebarang kegunaan. – Agensi

Tetapi virus ini hanya dapat dikesan oleh antivirus aku kerana virus ini gagal dikesan oleh antivirus dlm laptop kwn2 aku yg lain yg mengunakan antivirus dari kompeni yg lain.. bagi aku terasa rugi juga kerana membayar rm50 utk sesuatu antivirus yg gagal berfungsi melindungi Pc/loptop kita dengan sempurna sedangkan aku hanya meggunakan antivirus yg di crack oleh rakan aku satu ketika dulu.. tetapi mampu melingdungi laptop aku dengan sempurna.. ini juga bukan pertama kali antivirus tersebut telah berfungsi dengan sempurna.. malah satu ketika dulu ia juga telah meghapuskan beberapa virus dlm laptop aku yg menyebabkan laptop aku menjadi slow.. aku disini juga ingin memberitahu kawan2 yg mungkin bertanya apakah antivirus yg terbaik..? antivirus yg boleh dianggap berkesan melindungi laptop kita.. ini kerana Nod32 yg aku gunakan ini bukan calang2 antivirus kerana ia merupakan antivirus yg memenangi award sejak tahun 2005 lg..

Tuesday, January 20, 2009

1.. Kasih Yg Abadi..






Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?



Kita dapat melihat bagaimana kepedihan hatinya apabinya menghembuskan nafasnya yg terakhir dipangkuannya.. tak dapat kita bayangkan bagaimana perasaannya ketika itu..

kepada rakan2 aku.. yg masih mempunyai ibu.. segeralah memohon maaf dan meminta ampun kepada ibu anda keatas segala kesilapan yang anda telah lakukan terhadapnya.. selagi kita berkesempatan..

kepada mereka2 yg terlalu jauh hatinya kepada ibu mereka.. segeralah dekatlah kembali hati itu kepada ibu.. sesungguhnya cinta kita kepada seseorg itu hanyalah mainan dunia sehingga kita berjumpa seseorg yg benar2 ditakdirkan utk kita.. cinta dan kasih seorag ibu adalah kasih yg abadi.. kasih yg tiada tolok bandingnya di dunia ini.. kasih yg membawa ke syurga.. kata org tua.. syurga di bawah telapak kaki ibu.. mmg ada kebenarannya..

selagi kita mempunyai seorang yg bergelar ibu.. jgn lah dilupakannya.. jgnlah kita lebih mengutamakan org lain dari kasih sesorg ibu.. jgn sampai suatu masa.. dia akan pergi meninggalkan kita.. dan di kala itu la kita menangisi pemergiannya.. dan menyesali segala perbuatan kita dan menagih kembali kasih abadi yg satu2 nya di dunia ini..