Saturday, May 8, 2010

Dunia & McDonalds

rindu aku kat Mcd sebab kesukaran mendapatkan sumber di Bukit Kachi tetiap hari makan nasik patani kat roudabout ja.. huhu.. lepas mkn Big Mac teringat aku kat Ebi Burger Hong Kong.. Ini kerana Ebi Burger tidak terdapat di Malaysia dan begitu juga Bubur Ayam Mcd takdak kat HK.

Di sesetengah negara didunia. McDonald's menawarkan menu spesel mngikut kegemaran dan kesukaan penduduk negara tersebut. Jadi kali ini jom aku bwk hampa pusing satu dunia kita tengok menu2 spesel Mcd yang takdak kat Malaysia.

Orang India tak makan daging lembu dan ini menyebabkan depa takleh nak makan Big Mac. Tapi kat sana ada Maharaja Mac yang digantikan oleh ayam. Kat sana juga ada vegetarian burger,McAloo Tikki.

Maharaja Mac in India

McLaks, bukan Laksa Zakaria Telok Kechai.. haha.. adalah sandwich salmon panggang dgn dill sauce yg hanya ada di Norway.

McLaks in Norway

ini bukan lakse(slang KL) tp ini adalah The Lakse Wrap iaitu ikan yg hanya terdapat di Finland dan Norway.

Beer juga ada dihidangkan di Germany. Disebabkan orang2 kat sana suka sgt mabuk.. Harap2 depa tak silap tukaq dengan Ribena dalam Happy Meal.. haha..

Beer in Germany

McLobster adalah lobster roll yg hanya ada kat Canada,

McLobster in part of Canada

Jepun banyak mencipta menu terbaru McDonald’s antaranya Ebi Filet-O (berger udang), Koroke Burger (kentang, kubis dan katsu sauce dalam sandwich), Ebi-Chiki (nugget udang) and Green Tea-flavored milkshake!

McDonald’s in Japan

Kat Costa Rica ada Gallo Pinto iaitu nasik dan kancang

Rice & Beans in Costa Rica



Greek Mac kat Greece, berger yg dibuat daripada patty yg dibalut roti pita.

Greek Mac

Kat Israel, McDonald’s ada 3 restoran kosher dalam yahudi dimana cheeseburger tidak dihindangkan kerana mengikut undang2 yahudi. depa makan McShawarma.

McArabia

The Ebi Filet-o,berger udang kat Hong Kong juga dikenali sbg Shrimp Burger. Ni yg aku pernah makan ni. =)



Double Beef Prosperity Burger dari Malaysia. 2 patty daging atau ayam dicelup dalam black pepper sauce dijual time raya cina shj.



Kat Italy, depa ada Novita burgers.

Onion rings, hanya dijual di Turkey.

The Little Chorizo Melt, hanya ada kat England.



Traditional grilled cheese sandwich kat Canada. Mcm roti celup teluq yg aku dok masak tetiap mlm ja.. haha..



Kat sini baru promosi Mega Big Mac tapi kat Argentina dah ada TRIPLE MAC.



McMolletes dijual kat Mexico, adalah refried beans, cheese, dan pico de gallo dihidang atas English muffin.



McPatatas, juga kat Mexico. Mcm Wedges kat KFC la..



The McDonalds deluxe breakfast kat Hawaii terdiri drp spam, rice, eggs, dan sausage patties.



Wah2.. ni yg buat aku bersemangat nak makan double cheese berger kat rooftop City Plaza neh..

2 comments:

Anonymous said...

dah makan dah double n mega mag... hahahahahaaa

capixblacksweet said...

sama ja.. cuma jd mega.. kita nak lain dr yg lain.. huhu..