Thursday, May 28, 2009

BaRcA..! BaRcA...!!

sekali lagi FC Barcelona a.k.a pasukan kesayangan aku berjaya memenangi piala eropah buat kali ketiga dlm sejarah kelab.. lebih menggembirakan aku lagi kemenangan ini diperoleh dengan membuli pasukan yang juga boleh dianggap pasukan terhebat di eropah ketika ini iaitu Manchester United dgn 2-0.. rata2 peminat2 M.U yg sememangnya bercambah dimerata2 pulang dengan rasa kecewa bertambah duka pagi tadi.. haha..
apa yang amat mengembirakan aku ialah pasukan yang memainkan permainan bola sepak yang cantik dan taktikal serta skill2 individu yang menarik sepanjang musim telah menang pada perlawanan final semalam.. dan bagi aku Barca mmg berhak menang pada tahun ini kerana permainan bola sepak yang ditunjukkan oleh mereka spanjang musim ini..
begitu juga yang telah dilakukan oleh M.U pada musim lalu yang membolehkan mereka berhak mejadi juara dunia musim lalu..
walaupun terpaksa menunggu selama dua tahun penuh duka oleh aku.. walaupun tak duka sgt la.. sebab Kedah menang treble berturut2 dua tahun lepas.. lepas kalah dgn Liverpool pd 07 di pringkat pusingan pertama dan tahun lepas dgn M.U pd semi final..
Eto'o sekali lagi menjaringkan gol pertama sama seperti yg dilakukan olehnya pada final 05/06 di Paris dulu.. boleh dikatakan gol yg serupa tapi dari sudut yg berlainan.. jika tahun 06 dulu eto'o bergerak dari sayap kiri tapi kali ini dari sayap kanan manakala gol pada 06 masuk melalui celah tangan kanan Almunia manakala gol pada kali ini masuk melalui celah tangan kiri Van Der Sar.. Penjaga gol yang sukar untuk dibolosi dalam permainan PES 2009.. haha..
lepas bermula babak kedua.. M.U dilihat tidak bermaya dan kekurangan idea untuk menembusi benteng pertahanan Barca yg diketuai oleh Puyol yg byk merantai Pelakon Terbaik Anugerah Skrin iaitu Cristiano Ronaldo yang tak mampu melepasi kuda tua catalan itu..


dan akhirnya sahabat baik aku.. Messi.. menjaringkan gol kedua melalui tandukan.. walaupun menyenget kepala2 dan badannya.. namun tandukan itu berjaya menewaskan Van Der Sar sekali lagi.. Messi yg ketot2 itu pon mampu menjaringkan gol melalui tandukan dengan melompat dengan tingginya.. npklah kesungguhannya bermain bola sepak dengan sepenuh hati dan jiwanya dan Messi lah yg sepatutnya dianugerahkan pemain terbaik FIFA sedangkan Ronaldo lebih layak dianugerahkan Anugerah Pelakon Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun hadapan.. haha.. reja belakon nak dapat free kick ja.. apa dia..?
haha..

VISCA EL BARCA...!!

No comments: