Wednesday, May 13, 2009

rakyat kurang tahu

negara sekali lagi digemparkan dengan berita kontrovesi hasil dari keputusan mahkamah yang menyatakan Datuk Nizar masih lagi sah menjadi MB di Perak kelmarin. Namun keputusan itu ditangguhkan atas rayuan Datuk Zambry. Sebenarnya aku agak keberatan nak menulis pasal politik kat blog aku ni..
sudah lama aku tak postkan apa2 kat blog aku ni..
tapi apa yang aku nak postkan ni bukan la pasal politik.. tapi pasal apa yang orang kita tak paham pasal situasi yang berlaku kat perak sekarang ni..
kemana sahaja akuj pergi mesti sahaja orang2 tua akan bercakap berkenaan kemelut yang berlaku di Perak pada hari ini.. dari apa yang aku dapat perhatikan.. baru hari ini orang mula paham akan situasi yang berlaku kat Perak hari ni.. sebelum ni mungkin ramai yang tak paham bagaimana perkara ini berjalan mengikut prosedur yang betul.. iaitu melalui perlembagaan..
mungkin hari ini mereka tak paham yang seorang menteri besar itu tak boleh disingkirkan daripada jawatannya walaupun dengan kuasa seorang sultan kerana sultan melalui kuasa budibicaranya hanya boleh melantik seoran menteri besar dan tak boleh menyingkirkannya.. malah seorang MB itu hanya boleh disingkirkan melalui undi tidak percaya dikalanya ahli DUN melalui satu sidang DUN.
perkara ini yang menyebabkan kurangnya pengetahuan dikalangan rakyat jelata di Malaysia ini yang menyebabkan mereka tidak paham situasi sebenarnya yang berlaku di Perak sekarang ini. mengikut perlembagaan atau pun dalam situasi perundagaannya Datuk Nizar masih lagi sah sebagai MB Perak melalui apa cara sekalipun.
apa yang aku nak tekankan disini adalah rakyat tidak paham situasi dan tak paham perkara yang sebenarnya tertulis didalam perlembagaan kerana tidak ada satu medium yang dapat menerangkan nak memahamkan seluruh rakyat jelata tentang apa yang terkandung dalam Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Media2 terutamanya media perdana yang dikuasai oleh kerajaan begitu asyik memaparkan tentang kekecohan yang berlaku di Perak dan memaparkan berita yang hanya menyebelahi sebelah pihak tanpa ingin memahamkan rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku.. Akhirnya melalui keputusan mahkamah kelmarin mungkin sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kerajaan tentang apa yang mereka telah lakukan..
mungkin kini mereka sedang mencari jalan atau helah yang lain untuk membetulkan keadaa bagi pihak mereka sahaja yang hanya menunjukkan kesilapan bukan dari pihak kerajaan.

No comments: