Sunday, July 10, 2011

Democrazy?

What is Democracy? What is democracy?
It got something to do with young men killing each other, Arthur
When it’s comes my turn, will you want me to go?

For democracy, any man would give his only begotten son.
From Metallica 'One' music video.

DEMOcrazy?

jadi kelmarin terjawablah apa itu demokrasi secara 'Live' terus kepada kita. isu pehimpunan 'haram' BERSIH menjadi topik utama tak kira kat mana2 saja ada saja org dok cerita pasai benda ini. jadi mesti semua dah tau tak motip BERSIH ini adalah untuk menuntut 8 perkara iaitu:

1.Bersihkan senarai nama pengundi
2.Undi pos biar jangan mengarut sangat
3.Gunakan dakwat kekal
4.Akses media yang adil
5.Tempoh berkempen 21 hari
6.Agensi kerajaan bebas dari parti politik
7.Hentikan rasuah
8.Hentikan politik kotor

jadi inilah isu yg diperjuangkan oleh mereka2 yg anda lihat berjalan megah di jalanraya Kuala Lumpur dengan iringan lagu tema Roda-roda Kuala Lumpur.. hihi~
secara pribadinyalah aku menyokong walaupun dengan tidak sepenuh hati tuntutan BERSIH ini. tapi ingat aku hanya menyokong tuntutan mereka ini bukan aku menyokong perarakan mereka itu. ini mungkin kerana isu pengundi 'hantu' telah pon wujud dan juga aku dengaq time aku pon masih tak tau apa itu demokrasi. cerita mengenai undi pos dan juga golongan askar yg dikerah untuk menanda sejumlah kertas undi diperbatasan. mungkin anda juga tidak pernah terpikir yang nama anda tersenarai di kawasan2 bukan tempat tinggal anda sebagai pengundi.

persoalannya bagi aku ini. adakah satu sistem yg dicipta oleh manusia dan dikawal oleh manusia ini akan sentiasa dalam keadaan telus. tak kira 'side' mana pon yang berkuasa, depa akan menjalankan tugas secara telus dgn tanpa sebarang penipuan dan kuropsi. (Nabi Muhammad SAW ja yg maksum kat dunia ini). persoalan aku lagi adakah Malaysia satu2nya negara didunia yg pilihanrayanya tak telus. adakah negara maju didunia mempunyai sistem pilihanraya yang adil dan telus?

teluskah pilihanraya di dunia?

jadi perhimpunan BERSIH semalam itu atas dasar memperjuangkan demokrasi. adakah perhimpunan BERSIH itu haram.? adakah Malaysia benar2 demokrasi?

demokrasi bagi yang taktau adalah sebuah negara yg dipimpin oleh kerajaan yg dipilih oleh rakyat. dimana dasar sturktur dan undang2nya ditentukan oleh rakyat. demokrasi juga disebut sebagai sebuah kerajaan 'dari rakyat, oleh rakyat kepada rakyat'. kalo ikot idea asal demokrasi ini bapak menteri kita tu sebenaqnya adalah wakil ataupun kuli kepada rakyat. tetapi perkara yg sebaliknya pulak berlaku lani. jadi adakah benar suara rakyat benar2 di dengar hari ini? (tengok la bil terbaru astro anda sebagai rujukan) ;)

demokrasi memperjuangkan element diantaranya adalah:
-Pilihanraya untuk memilih wakil rakyat, yg dijalankan secara bebas dan adil.
-rakyat diberi hak mengundi
-kebebasan bersuara (berceramah,berhimpun dan sebagainya)
-kebebasan akhbar dan akses kpd media lain
-rakyat yg berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

jadi dari segi demokrasinya kebebasan bersuara seperti berhimpun adalah dituntut. tapi persoalan aku kat sini. adakah perhimpuan BERSIH ini betoi2 memperjuangkan tuntutan tersebut. dan ada versi yg aku dapat BERSIH adalah salah satu jihad.. memperjuangkan islam. what the hell..? hampa nak menambah lagi imej negatif foreigner terhadap Jihad ngn Islam ka? jihad utk apa..? jihad utk seseorang memperoleh kuasa? adakah ini jihad yg digalakan oleh Islam? so.. pelis jadi sekular sementara kat sini.. pisahkan agama dgn politik.

jadi pendapat aku aku tak menyokong lansung apa2 perhimpunan ataupun rally mcm ni. pasai ini hanya akan membawa imej yg buruk terhadap negara seperti yg telah dilakukan oleh channel Al-Jazeera hari ini. sedarlah byk pihak yg tgh tggu nak ambik kesempatan atas sedikit kesilapan kita. ada byk cara lagi utk kita mengunakan kebebasan bersuara kita. pikir jalan terbaik yg elok yg boleh menjaga imej negara dr merosakkannya demi utk kepentingan diri. jgn jadikan perhimpuanan jalanan yg mampu mencetuskan provokasi sebagai jln mudah. walaupun 8 tuntutan BERSIH itu ada rasionalnya.

No comments: