Sunday, July 3, 2011

1st Class:Dark of The Moon

Movie Review:

1st time aku buat movie review ni.. saja nak mempelbagaikan blog aku.. maybe semua dah boring baca blog aku pasai bola ja.. graf pelawat pon menjunam jatuh ke ladang gandum.. huhu..

review aku adalah pasai dua movie yg baru aku tengok baru2 ni.. movie pertama yg aku layan adalah Xmen First Class dan movie kedua adalah movie yg lama aku tunggu iaitu Transformers 3.. hehe.. review ni mungkin berbeza dgn review2 yg hampa penah baca kat blog lain.. ini pasai review ini adalah berdasarkan perpektif aku dan pembelajaran aku..



apa yang menariknya bagi aku pasai kedua-dua filem ini adalah penulisnya bijak mengambil kesempatan terhadap sejarah-sejarah yg berlaku kat dunia ini.. sebagai contoh movie yg pertama adalah pasai cerita Xmen First Class.. cerita ini bermula pada sekitar perang dunia kedua di zaman 'holocoust' oleh tentera nazi iaitu pembunuhan beramai-ramai atau genocide terhadap orang yahudi ketika itu. mengambil Poland sebagai lokasi dimana memang ramai orang yahudi yg mejadi pelarian di situ pada zaman perang dunia kedua dan selepas itu sehingga hari ini.. sila tengok filem Schindler's list utk rujukan..

filem ini berlatarkan tahun 60an ditengah2 kemuncak Perang Dingin antara Soviet dan Amerika dengan menyatakan bahawa mutant la adalah pengaruh kpd terjadinya Perang Dingin ini.. dan yg lebih menariknya lagi dengan propagandanya yg provokasinya mengatakan yg Cuban Missile Crisis itu adalah idea mutant.. time ni lah aku rasa sangat bangga jadi budak INTAFF kat UUM.. dan terima kasih kat Dr. Nadaraja pasai mgajaq aku semua ni.. jadi aku lebih faham dan tahu situasi sebenaq krisis ini..

sama juga dlm Tranformers 3 ni.. Intro filem ni juga mgambil kemuncak Perang Dingin sebagai latar ketika Amerika dan Soviet berlumba2 utk menunjuk kekuasaan blok masing-masing kpd dunia.. Amerika dgn blok kapitalist dan Soviet dgn blok komunis mereka.. salah satunya adalah misi menghantar manusia ke bulan.. (kononnya la).. babak2 lakonan sejarah tu yg buat aku teruja sebenaqnya kat sini dan secara provokasinya lagi misi mghantar manusia ke bulan itu juga adalah disebabkan ada transformers kat bulan.. haha.. best cerita ni part ni.. sekali lagi depa menggunakan kesempatan ketika Apollo 11 medarat di bhagian sebelah sana bulan (dark of the moon) astronout2 itu terjumpa kapal Transformers dari Cybertron dimana perkara ini menjadi 'top secret' US sampai hari ini.. haha.. mmg propaganda..! sehingga semua krew2 perlu mengankat sumpah tidak dibenarkan myebut kembali lagi perkara ini.. mmg menarik olahan cerita oleh penulis filem tersebut..

meletakan propaganda Iran adalah musuh dgn Autobot menyerang tapak loji nuklear 'haram' milik Iran.. pebalahan antara Sentinel Prime dan ketua egen CIA berkenaan 'pillar' yg mampu menghubungkan dua alam yg egen perempuan itu katakan boleh dijadikan sebagai platform utk memindahkan orang,robot,senjata atau WMD (weapon of mass destruction) yg berlaku di dunia sebenar hari ini yg menjadi element penting dalam hubungan antarabangsa.. see.. everything is INTAFF..!

macam tak sia2 juga la aku jadi student INTAFF selama ni.. isu sejarah,Perang Dingin,states policy,decision making semua ada adalam filem2 hollywood hari ini. termasuk sains,fizik,kimia merupakan gabungan terhebat sekali untuk filem2 yg levelnya mcm Xmen dan Transformers ni..

jadi sampai bila Malaysia masih lagi nak buat filem berdasarkan tahyul,saka,cinta remaja dan juga gadoh2 ayahanda dan abang2 kawasan ini..? level pemikiran orang Malaysia sampai setakat tu ja ka..? ketika Hollywood dah melangkah lagi jauh dengan megabungkan element sejarah,international affairs,sains dan future dalam filem2 depa kita masih lagi leka dengan cerita2 tahyul dan samseng bandar yg menjadi kegilaan penonton2 filem di Malaysia.. changed we need.. keymon~

info: INTAFF= International Affairs

No comments: