Saturday, June 18, 2011

Anonymous

KHAMIS, Malaysia telah dikejutkan dgn serangan cyber oleh pengodam-pengodam atau dalam bahasa omputehnya 'Hackers'. Sebenaqnya aku tak terkejut pon pasai aku dah tau dah benda ni nak jadi. bukan pasai aku kenai ngn geng hackers atau anonymous tu. (alasan nak tumpang populariti dan dilabel sebagai hackers). tapi dua hari sebelum tu aku dah terbaca pasai kenyataan depa dekat satu web yang Malaysia adalah salah satu target depa..

serangan siber telah dinyatakan awal lagi oleh penggodam

jadi aku pon bersiap sedia pada utk hari Khamis itu seperti orang2 lain yg bersiap sedia menunggu gerhana bulan pada waktu yg sama terjadi pada pagi Khamis lalu.. hehe.. akhirnya aku mendapat link web2 kerajaan yg telah dihack. link awal yg aku dapat ialah web UITM Penang dan web Tour Malaysia. jadi sapa yg dah bukak web 2 pagi tu mesti tau kan keadaan page tu mcm mana.. siap ada lagu InFlames lg.. hihi..

contoh web malaysiatour yg digodam

kenyataan para hacker sebab depa buat mcm tu adalah alasan kerajaan atau SKMM telah menyekat beberapa web untuk kegunaan download atau filesharing. depa yg tak berpuas hati pasai kebanyakkan depa memilik akaun 'lifetime' web2 tersebut yg dibeli dgn harga ratusan ringgit utk kegunaan depa mendownload dan filesharing diantara network depa. jadi kerajaan telah menyekat beberapa kebebasan depa dan juga kita di internet. adakah negara kita masih lagi Liberal ataupun sudah dipengaruhi ideologi Komunisme yg penuh dengan sekatan keatas kehidupan seharian kita?

kenyataan SKMM utk mnyekat beberapa laman web penkongsian fail

pada pendapat aku mengenai isu ini adalah kelemahan negara kita. iaitu kelemahan sistem keselamatan siber yg dimiliki oleh negara kita. kerajaan melaporkan lebih seratuih laman web dan 61 diantaranya adalah milik kerajaan Malaysia. jumlah web yg berjaya digodam oleh depa. masalahnya adakah kerajaan benar2 tak besedia menghadapi ancaman sebegini. dimanakah pakar2 IT kita? asyik dok nganga ja ka..? mana ketua2 yg mengawal dasar IT yg tak reti buat keja ataupun tak tahu apapun pasai serangan IT ini pasai memegang pangkat berdasarkan 'seniority' bukan bedasarkan kelayakan. sehingga tak tau nak arah pakar dok nganga ni buat apa? pasai depa dah bagi amaran yg Malaysia adalah target yg seterusnya. takkan takdak bina firewall awal2..? mana pi habis pakar2 IT yg kerajaan bayaq gaji? main facebook ja ka?

Amerika melaporkan mereka menerima ribuan ancaman serangan siber setiap hari membuatkan mereka sentiansa dalam keadaan berjaga dan sudah lama bersedia dengan ancaman ini. walaupun kelmarin juga dilaporkan database CIA (Central Intelligence Agenci) juga berjaya diceroboh dan juga 3 firewall Sony Corp berjaya dipecah masuk oleh oleh hackers yg dewa2 levelnya. tapi sekurangnya Sony mngaku bersalah dan membuat sidang media membentangkan 3firewall mereka dipecah masuk membuktikan mereka telah bersedia.

Sony Corp membentangkan tentang 3firewall mereka yg di ceroboh.

bagaimanakah dgn negara kita. kerajaan masih nak meneruskan sekatan terhadap laman perkongsian file dan download..? masih nak menyekat kebebasan rakyat negara ini dalam ruang yg tanpa sempadan ini? wajarkah kita membayar bil bulanan mgikut pakej-pakej jalur lebar yg mahal2 semata-mata untuk membuka Facebook dan Emel 1 Malaysia setiap hari? masihkah Liberal lagikah negara kita ataupun kita telah sedikit sebanyak telah dikawal oleh negara yg semakin pro-komunisme..?

No comments: