Wednesday, September 9, 2009

..15c 114.. Kolej Bank Rakyat..




mungkin anda akan terasa pelik kenapa post kali ini berkenaan dengan no sebuah bilik.. adakah ni adalah no bilik hotel tempat berlakunya operasi khalwat ataupun bilik yg berhantu seperti mana ditayangkan di televisyen.. tapi sememangnya bilik ini dihuni oleh dua ekor hantu dan ramai lagi hantu2 yang datang menumpang sebagai roomate di bilik ini termasuk la aku.. boleh dikaktan bilik ini merupakan bilik yang paling bising dan chaos sekali di blok yang huru hara 15c dan juga yang paling happening di bank rakyat mahupun bukit kachi.. bilik ni juga la tempat aku melepak saban hari selama satu semester aku berada kat universitas neh.. huhu.. maklum la.. bilik ni sebelah bilik aku ja c118.. tak kira pagi petang siang malam.. mesti aku akan berkunjung ke bilik ini termasuk la hantu2 yang lain untuk bersuka ria dan berkongsi cerita dan berita yang berlaku pada hari tersebut yg belum lagi di post oleh CNN muhupun Al-Jazeera..

rumate2 c114

apa yang best tentang bilik ni mesti la hampa nak tau la kan..? kami tak buat apa2 yg salah di sisi undang2 seperti makan di siang hari pada bulan posa dan mendownload pornorgrafi dibilik ni.. tapi apa yang menarik hati dan jiwa kami ke bilik ini adalah PC yang dimiliki oleh tuan bilik Sayuti yang di dalamnya diinstall permainan Pro Evolution Soccer 2009 ataupun PES09 yang dimainkan oleh kami 24jam sehari melebihi jam kami membaca buku dan membuat asaimen di universitas ini.. haha.. slogan bilik ini mungkin makan PES, tido PES, stadi PES.. dan kesemua rumate di bilik ini hadir di universitas ini layak utk mengambil Bachelor in Pro Evolution Soccer Study tanpa perlu menduduki ujian buta warna dan ujian QTI di Ilmu Baru (sebuah syrikat ujian lesen memandu di Alor Setar)..
ini kerana PES tetap didahulukan dalam apa2 jua keadaan mahu pun di malam deadline asigment yang masih lagi belum siap.. selain dari memain PES kami juga banyak melakukan aktiviti lain yang berfaedah dan juga memberi sumbangan kepada negara seperti menonton muvie,tidoq,melalak,mengumpat dan juga aktiviti2 lain yang sama waktu dengannya.. haha..

begitu lah kisah riang ria kami sebagai 'rumate' di bilik c114 yang penuh dengan warna warni bak pelangi selepas hujan di kala siang hari.. haha.. mungkin banyak lagi yang akan dipost kan selepas ini cerita di c114 dan juga hantu2 yang berkeliaran di bilik iniselepas kami akan secara rasminya akan melancarkan blog c114 nanti..

No comments: