Sunday, April 11, 2010

..sweet n sour night..


sabtu: mlm yg akan menyaksikan dua team kesayangan aku bermain dalam 2 game yg penting.. Kedah akan bermain dalam Final Piala FA dan Fc Barcelona dlm perlawanan 'epik' El Clasico menentang Real Madrid Fc di Madrid..
mlm sabtu bermula dengan game piala FA antara Kedah dan N.Sembilan mnyaksikan game yg memboringkan bg pendapat aku.. Kedah sepatutnya dah boleh jadi campion jika barisan midfielder tak kalut 'clear' bola ke atas.. Final myaksikan N.Sembilan menang dengan sepakan penalti yg agak mngecewakan aku.. apa2 pun selamat la aku tak p tengok final kat Bukit Jalil.. kalo tak.. rugi doet aku.. haha.. rindu final Piala Malaysia 2008 bantai Selangor 3-2 time aku ada dlm stadium.. haha..
so.. dengan rasa kecewanya aku meneruskan mlm ke pagi menanti game yg terbest dan juga bezanya kualiti persembahan berbanding final FA Cup td.. nyaris2 gak la aku nak tertidoq.. harap2 kali ni tak kecewa lg.. pkoi 3.55.. mula lah perlawanan hebat atau 'epik' El Clasico di Santiago Barnebau.. stadium keramat Real Madrid.. game bermula agak perlahan tp Barca tetap mengawal game.. hebat barca..! haha.. byk kad dikeluarkan oleh reff ni tidak termasuk kad reload yg dijualnya di depan stadium ptg tadi.. haha.. akhirnya.. Messi selepas dipersalahkan dan mendapat kad kuning.. menjaringkan gol pembukaan selepas berjaya membuat gerakan hebat bersama Xavi.. playmaker terbaik dunia.. berjaya menolak masuk bola dengan mudah dan bergaya ke dalam gol.. haha..
Real Madrid sebuah pasukan yang bernilai lebih kurang 500 juta euro kelihatan tertekan dengan corak permain Barcelona yg hebat mengawal bola sekali sekala membuat gerakan bahaya ke arah gol barca melalui pemain termahal dunia mereka.. C.Ronaldo.. tetapi gagal mendapatkan gol... akhirnya pada separuh masa kedua.. Barcelona sekali lg melalui umpanan cantik Xavi berjaya disempurnakan oleh 'plessing' cantik Pedro mengalahkan Iker Cassilas-penjaga gol terbaik dunia.. 2-0 Barca men'sayoq'kan Real Madrid..
gembira hari aku melihat perlawanan bertaraf bintang Orion ini.. haha.. kekecewaan aku dihappykan oleh persembahan cantik Fc Barcelona membantai Real Madrid..

..BlauGrana in my head.. Hijau kuning in my heart..!!

2 comments:

acap said...

aku p stadium. tapi x rasa rugi sebab kedah dah buat yg terbaik. apa2 pun tahniah buat depa.

capixblacksweet said...

hg sapa acap..?
tak add aku kat FB ngn follow aku pon..
tp aku still tak puas ati kat midfield la.. kita byk control bola.. kalo midfield boleh buat sumtin mlm 2.. 90 minit kita dah campion dah.. rugi.. apa2 pon tggu kat final mlaysia cup..!!