Monday, March 1, 2010

..METALLICA..

semangat aku balik rumah semata2 nak tgok Metallica dalam Biography channel.. kena tengok ni.. masuk Biography channel 731 Astro.. channel yg memaparkan kisah2 hidup org2 hebat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad+Neslen Mandela+Tiger Wood dan kira orang2 yg hebat dan berjaya la.. kira Metallica dapat masuk channel ni kira hebat la.. mmg hebat pon kalo nak kira Metallica ni.. favorite band aku dan dewa rock/metal aku ni..

Metallica ni merupakan sebuah heavy metal band atau trash metal band yg paling berpengaruh sekali kat dunia ni.. boleh dikatakan banyak rockers2 zaman ini dipengaruhi oleh Metallica.. antaranya adalah Linkin Park+Sum41+Bullet For My Valentine+Avenged Sevenfold dan
byk band yg pemes ini semuanya mengaku dipengaruhi dan meminati metallica termasuklah aku ni yg turut terpesona dengan muzik mereka itu..

Metallica merupakan antara kumpulan rock yg terkenal pada hari ini dan mereka merupakan salah satu kump muzik heavy metal paling berpengaruh dan diberi penghargaan sebagai salah satu "big four" kumpulan trash metal bersama Slayer+Antrax+Megadeth dimana mereka ini juga merupakan pencetus muzik trash ini.. jgn igt dalam EPL ja ada 'big four'.. haha.. Metallica telah menjual 90 juta album ke seluruh dunia meletakkan mereka di tempat kelima dalam kedudukan artis yg tertinggi jualan albumnya di dunia.. ini membuatkan metallica sebuah kumpulan muzik trash metal paling berjaya di dunia..

kira lama jgk la aku minat Metallica ni.. sebelum aku masuk skolah menegah lagi.. time 2 aku tgok vcd abg aku Metallica Live with Symphony.. terlayan aku dengan lagu Nothing Else Matter yg best teramat best itu.. lepas tu la aku slow2 layan Metallica sampai la aku ketagih 'headbangin' dengan lagu depa tu.. kira semua2 la lagu depa aku suka.. boleh dikatakan aku membesar zaman remaja aku dengan muzik Metallica ni la.. ni kira aku sorang korang fikir la 1juta lg budak yg mcm aku kat dalam dunia ni dan ada yg lagi teruk lg fanatik dia dari aku.. haha.. hebat tak hebat Metallica ni.. kalo tak hebat tak leh masuk Biography Channel ngn MTV Icon la beb..




..album Metallica top 3 aku..

kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal Metallica ni sila la baca kat Wikipedia.. haha..


hebatnya lagu Metallica ni sampai ada keluaran khas game guitar hero Metallica.. boleh la goreng Master of Puppets mcm Kirt Hammett guna keyboard.. tak pcaya korg try la.. aku dah ketagih ngn game ni dah.. haha..

No comments: