Amir Maharaja lawak memang terbaik la..!
(dua2 tangan kat dada sambil tengok atas)
Haha.. saja aku buat gempak sikit tulis headlines macam tu pasai aku nak try hit trafik blog aku.. pasai aku tengok blogger2 lain tengah seronok dengan dok pulun buat headlines pasai Amir ngn Maharaja Lawak sebab nak naikkan trafik blog masing2.. aku dengan tanpa segan silu dan perasaan dengkinya nak sesakkan jugak traffik tu.. haha..
well.. semua mesti tau dah kan.. Maharaja Lawak(ML) merupakan antara fenomena utk masa ini selain mamat Bibir dan Usop Wilcha.. ML juga telah membawa fenomena kat kolej aku dan juga 15c114 hingga tak sampai 12 jam lepas siaran lansung dekat Astro Warna ML telah berjaya didownload oleh 15c114 sejak dari minggu kedua lagi..
aku juga turut dok ikut pekembangan ML ni tetiap mggu.. dan pesembahan yang paling aku tunggu sekali adalah geng JAMBU.. 'muka legend.. tapi hati cute'.. haha.. bagi aku Jambu ni lawak depa lain dari yang lain sikit.. kreatif la.. Jozan ngn Nabil dikira dari sudut publisiti mmg depa la hebat tapi pesembahan depa tak kurang hebat jugak..
tapi aku paling tekanan sekali tengok amir.. aku pun pelik mcm mana la dia boleh join ML ni.. lawak yg tak boleh diterima oleh aku atau lawak dia level sampai bulan yg tak dpt aku tafsir.. bila la mangkuk ni nak out.. kesian kat group lain yg aku rasa better tapi tersingkir jgk..
aku sebenarnya ada juga yang tak puas hati pasai sesetengah peserta ML ni.. bukan semua group yg aku tengok aku gelak.. tapi bila lawak depa betoi2 lawak mesti la aku gelak.. pasai bagi aku ada sesetengah lawak 2 lawak biasa ja.. tapi juri tetap puji.. ada yang cilok lawak dari buku dan sumber2 lain.. tetap juri tak kata apa.. dan yang paling aku tak tahan sekali.. guna lawak double meaning.. mean lawak lucah la.. walaupun tak secara terang2 tapi bila penonton gelak tu kira semua paham la.. haishhh.. kemon la.. takkan lawak macam ni yang rakyat Malaysia suka..
jumlah undian setakat minggu ke 4
lawak2 lucah ni apa benda.. adakah ini salah kerajaan yg terlalu sibok pasal video seks yg sedang hangat di media membuatkan rakyat Malaysia jadi mcm ni.. apa ke jadahnya semua ini.. cewahhh.. (kening2).. kemon la.. aku tengok keputusan undian pon aku dah tak puas hati dari minggu kedua lagi.. Jambu lawak yg kreatif dan tak merapu tu pasai pa tak boleh duduk kat top 3..? pasai pa team yg lawak biasa2 ngn lawak lucah jgk yg dpt undian tinggi lagi dr Jambu..
sedutan LawaKing.. 'puluit lebih' haha.. tengok Yus best tak best..
aku terang2 kat sini aku mmg minat Jambu.. kalo sapa2 yg ikut pekembangan raja lawak dr musim satu mesti akan tengok Lawaking dan sendiri tau macam mana lawak Yus dengan Tauke.. sebab aku selalu tengok Lawaking dulu.. dan depa bejaya buktikan kat aku sekali lagi dalam rancangan ML ni yang depa betoi2 ada lawak yg kreatif dan tesendiri..
jadi rakyat Malaysia.. bijak2 mengundi di Pilihanraya Umum yang akan datang.. iskkk.. silappp.. hihi.. mgundi peserta ML.. bagi yang dok undi la.. aku tak undi pon.. sembang ja lebih.. Hahaha..!
padan muka hampa perabih masa baca blog aku.. huahuahua..!
vidio Jambu faveret aku..
p/s: ini yg orang kata sembang pom pang pom pang.. tapi habuk pon tadakkk.. haha..
No comments:
Post a Comment